Sarkhasiy, Ibn Sahl al- ( ? – 483 H.), ahli Fiqh
dan usul Fiqh dalam mazhab Hanafi. Nama
penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Abi
Sahl, salah seorang imam yang terkenal. Al-
Sarkhasiy diambil sempena nama Sarkhas, sebuah
negara lama di Khurasan. Dia mempelajari ilmu fiqh
dan usul daripada imam terkenal al-Hilwaniy dan
mencapai kedudukan keilmuan yang tinggi. Anak
Kamal Basha menganggapnya salah seorang ahli
ijtihad. Al-Sarkhasiy seorang yang alim, bertugas
sebagai penasihat kepada pemerintah. Al-Sarkhasiy
dipenjara oleh al-Khaqan atas permintaannya.
Hukuman penjara tidak menghalangnya untuk
mengajar murid-muridnya. Dia telah mengarang
kitab al-Mabsut , kitab tentang fiqh Hanafi yang
paling hebat dan telah dicetak dalam 30 juzu’
semasa berada di dalam penjara bawah tanah.
Dia juga telah mengarang S yarah al-Sair al-Kabir
karangan Muhammad ibn al-Hassan. Al-Sarkhasiy
telah mengarang kitab Mukhtasar al-Tahawiy dan
kitab usul fiqh mazhab Hanafi yang teragung, yang
dikenali sebagai Usul al-Sarkhasiy .