Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambing biri-biri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKIN

Takin ialah mamalia bertelapuk yang besar yang

berkaitan rapat dengan kambing, biri-biri dan

lembu kesturi. Ia hidup di tengah, barat dan barat

daya China, di Myanmar dan di Himalaya. Ia tinggal

di hutan buluh yang tebal dan di belukar

rodondendron di cerun yang curam,

berceranggah.

UMUM 
MORT, THOMAS SUTCLIFFE

Mort, Thomas Sutcliffe (1816–1878) ialah

salah seorang ahli perniagaan perintis Australia.

Dia memulakan sistem lelong awam bagi bulu

kambing biri-biri di Australia, memulakan industri

tenusu di tanah pusakanya, dan salah seorang

penganjur landasan kereta api yang pertama di

New South Wales.

UMUM 
SUNGAI MACQUIRE

Sungai Macquire mengalir sejauh 944 kilometer

melalui New South Wales, Australia. Sungai ini

bermula dari lereng sebelah barat Banjaran Pemisah

Besar Oberon. Sungai ini mengalir ke arah barat laut

melalui bandar Bathurst, Wellington dan Dubbo. Ia

mengalir melalui Macquire Marshes dan bercantum

dengan Sungai Barwon dan Sungai Darling Hulu.

Petani di Lembah Macquire menternak kambing biri-biri,

lembu, ayam dan babi. Kebanyakan kawasan

pertanian ditanam dengan gandum, sayuran, buah-buahan

dan tanaman makanan binatang.

UMUM 
TANDUK

Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di

kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia

bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan

seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop

mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai

ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar,

yang dinamakan tanduk bercabang.

UMUM 
ANJING TERRIER AUSTRALIA

Anjing terrier Australia ialah anjing kecil

yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk

mengawal lombong dan mengawasi kambing biri-

biri di Australia.

UMUM 
PACMEN

Pacmen ialah kulit haiwan yang disediakan sebagai

permukaan untuk penulisan. Perkataan pacmen

biasanya bermaksud bahan penulisan yang dibuat

daripada kulit kambing, kulit biri-biri atau kulit anak

lembu. Bahan seperti ini sangat tahan. Skrol pacmen

masih wujud semenjak kira-kira tahun 1500 SM.

UMUM 
KULIT

Kulit ialah sejenis bahan yang kuat dan mudah

lentur, yang diperbuat daripada kulit haiwan. Kulit

lembu merupakan sumber utama kulit selain kulit

rusa, kambing, babi dan biri-biri yang digunakan

dengan meluas. Kulit yang istimewa diperbuat

daripada kulit buaya, jerung dan ular. Proses

menukar kulit haiwan menjadi barangan kulit

untuk membuat objek yang berguna disebut

penyamakan.

UMUM 
RUMINAN

Ruminan ialah nama yang diberi kepada haiwan

meragut yang mengunyah makanannya dan

mempunyai huf terbahagi. Haiwan seperti ox, biri-biri,

lembu, unta, llama, rusa, kambing, antelop,

dan zirafah adalah ruminan.

UMUMUmum

Kembali ke atas