Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kami (kata nama)
1. Bersinonim dengan kita: kami sekelian, kema, kita orang,

2. Bersinonim dengan saya: aku
Berantonim dengan kamu.


Puisi
 

Kuda kami dari Membakut,
     Hendak mengejar Kinabatangan;
Kalau cik adik berterus takut,
     Kita bertukar di tapak tangan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu, dalam permulaan ayat, bilakah perkataan "Kami" dan "Kita" boleh digunakan. Adakah perkataan "kami" itu dirujuk kepada ramai dan "kita" untuk individu sahaja. Sebagai contoh iklan di television "Kita jumpa anda sebentar lagi" atau "Kami jumpa anda sebentar lagi". Yang mana satukah yang betul untuk dituturkan. Sekian, terima kasih.Kami dan kita ialah kata ganti nama jamak dan boleh digunakan pada pangkal ayat. Kami ialah orang yang bercakap (ramai) dan kita termasuklah orang yang bercakap dan orang yang mendengarnya. Ayat yang betul ialah "Kami jumpa anda sebentar lagi".Tatabahasa05.07.2012
Apakah beza antara "kita" dan "kami"

Kamidankita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar.

Contoh ayat:

1. Kita harus membantu orang yang susah. (mengajak pendengar itu ikut serta)

2. Kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (hanya melibatkan kumpulan/kelompok itu sahaja, bukan pendengar yang lain)  

Tatabahasa11.09.2013
Apakah perbezaan perkataan "Kami" dan "Kita"?Kami ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita ialah kata ganti nama bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), iaitu saya dan kamu semua.Makna27.07.2012
Apa perbezaan kami dan kita?Kami ialah kata ganti nama diri pertama selain saya dan aku, manakala kita ialah kata ganti nama bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), iaitu saya dan kamu semua.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, judul Kata Ganti Nama, halaman 86.Tatabahasa08.10.2009
(1) Bilakah perkataan 'kami' dan 'kita' digunakan? ( (2) Bolehkah kedua-duanya digunakan dalam sesebuah cerita? Contoh di bahagian depan cerita: "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini." (Ayah dan dua orang anaknya berada di dalam bas. Mereka mahu turun di pantai.) Di bahagian akhir cerita pula: "Ini perhentian kami," kata Ayah. "Kami turun di sini." (3) Bolehkah 'kami' digunakan di dalam satu ayat dan 'kita' digunakan di dalam ayat yang terletak di bawah ayat yang pertama dalam sesebuah cerita seperti berikut: "Lihat, kami bermain air," kata Paul. "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini," kata Paul. (Di dalam kedua-dua ayat di atas, Paul sedang bercakap dengan adiknya.) Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Terima kasih

(1) Kami - kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua.

(2) Penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita mestilahmerujuk makna bagi kedua-dua perkataan tersebut seperti di atas.  "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini". "Ini perhentian kita, kata Ayah". "Kita turun di sini".

(3) "Lihat, kami bermain air, kata Paul". "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini, kata Paul".

Tatabahasa20.05.2011
Apakah perbezaan diantara 'kami' dan 'kita'?

Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat:

1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib,"  kata Ramli kepada Hasrina.

2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo.   

Istilah01.03.2010
apakah perbezaan perkataan KAMI dan KITA? bila melibatkan semua org termasuk individu yg bercakap dan individu yg mendengar org yg bercakap itu td..perkataan mana yg patut digunakan..?boleh berikan saya contoh ayat untuk membezakan penggunaan dua perkataan tersebut..?

Kamidankita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar.

Contoh ayat:

1. Kita harus membantu orang yang susah. (mengajak pendengar itu ikut serta)

2. Kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (hanya melibatkan kumpulan/kelompok itu sahaja, bukan pendengar yang lain)  

 

Istilah12.03.2009
Apakah perbezaan antara 'kami' dan 'kita'? Boleh terangkan secara ringkas dan definisi yang mudah difahami oleh kanak-kanak?

Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat:

1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib,"  kata Ramli kepada Hasrina.

2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo.   

Tatabahasa20.07.2010
Dalam konteks apakah kata ganti nama yang betul boleh digunakan? contohnya, apakah bezanya antara 'aku' dan 'saya', 'kamu' dan 'awak', 'kita' dan 'kami'? Bolehkah kata ganti nama digunakan untuk haiwan?Kata ganti nama (KGN)- yang menjadi pengganti kata nama khas dan am. KGN boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, KGN tunjuk dan KGN diri. (lihat Tatabahasa Dewan hal. 103 ) Beza antara aku dan saya ialah; aku, bahasa basahan, bukan rasmi, digunakan sebab keintiman/saling mengenali seperti kawan baik dsbgnya. Manakala, saya pula, digunakan dalam konteks rasmi, dengan ketua dan sebagainya. Kamu dan awak, KGN kedua , KGN kamu boleh digunakan untuk KGN tunggal dan jamak manakala awak, merupakan bahasa basahan. KGN kami dan kita pula ialah kami merujuk KGN orang pertama dan kedua dan tidak termasuk orang ketiga manakala kita termasuk orang ketiga. Untuk penjelasan yang lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan.Tatabahasa11.02.2007
Salam Harap tuan dapat menjelaskan enam permasalahan di bawah. 1) Apakah perbezaan antara `kami' dan `kita' 2) Apakah perbezaan penggunaan imbuhan memper... dan memper...kan. 3) Perbezaan antara `untuk' dan `bagi' 4) Mengapa perkataan `pelaksanaan' tidak dieja sebagai `perlaksanaan' 5) Mana yang betul, ejaan `ketidak adilan' atau `ketidakadilan' 6) Dalam penulisan, angka perlu ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan (contoh: 10,000 atau sepuluh ribu) Sekian, terima kasih Izani b. Hj. Daud

1. Kami merujuk kepada saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua), manakala kita merujuk kepada kata ganti bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya).

2. Awalan memper- boleh bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata kerja transitif aktif, manakala apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kerja untuk membentuk kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 177 dan 208.

3. Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Tetapi untuk maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, kata untuk tidak boleh bertukar ganti dengan kata bagi. Rujuk halaman 276, Tatabahasa Dewan.

4. Merujuk Kamus Dewan pelaksanaan ialah perihal melaksanakan, manakala perlaksanaan ialah hasil daripada melaksanakan.

5. Ejaan yang betul ialah ketidakadilan.

6. Nombor kosong hingga sembilan hendaklah dieja, manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dalam bentuk angka.

Tatabahasa04.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas