Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pus] | کمڤوس

Definisi : kawasan serta bangunan sesebuah universiti atau institusi pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.pus] | کمڤوس

Definisi : kawasan universiti atau kawasan maktab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kampus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon diperbaiki maklumat diri Munysi Dewan V seperti berikut : Norliza binti Abu Bakar IPG KAmpus Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab, 75990 Durian Daun, Melaka No Tel: 0126161399 (h/p) 06-2824827 (P) No Faks: 06-2847710 Terima kasih.

Puan,

Maklum, terima kasih.

Lain-lain31.10.2010
Salam.. Saya ingin membuat pertanyaan mengenai singkatan perkataan. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terdiri daripada dua kampus iaitu Kampus Sungai Long dan Kampus Kampar. Boleh saya tahu singkatan untuk perkataan SUNGAI LONG dan KAMPAR? Adakah SL dan KP? atau bolehkan pihak universiti menetapkan sendiri ringkasan yang ingin digunakan? Terima kasih dan salam ramadhan..pada pandangan kami nama khas seperti nama tempat perlu dieja penuh. Sekalipun hendak dibuat singkatan, hanya perkataan yang telah diketahui umum seperti sungai yang disingkatkan mengjadi sg. Tidak ada panduan khusus untuk ejaan singkatan kecuali singkatan bagi perkataan yang lazim ditemukan seperti kampung - kg. dan jalan - jln. Kami mencadangkan nama tempat-tempat tersebut dieja penuh kerana penulisan alamat juga ada implikasinya kepada sistem telekomunikasi yang boleh diakses melalui pelbagai medium.Ejaan10.07.2015
Tuan, Apakah terjemahan yang tepat bagi "City Campus"? Adakah ia 'Kampus Bandar' atau 'Kampus Dalam Bandar'? Terima Kasih.

Terjemahan secara literal bagi Campus City ialah Kampus Bandar, walau bagaimanpun terjemahan Kampus dalam Bandar juga betul bagi menggambarkan konsep pembinaan kampus tersebut.

Tatabahasa17.10.2011
kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok atau kawasan kampus ialah kawasan larangan merokok. Yang mana betul/lebih tepat.Jawapan yang betul ialah kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok.Lain-lain16.11.2010
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin meminta pendapat berkenaan hukum D-M bagi frasa "Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Kuantan". Adakah frasa berkenaan perlu disusun semula menjadi "kampus Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia"? Daripada pembacaan dan rujukan, lazimnya nama universiti akan ditulis atau dinyatakan terlebih dahulu sebelum diikuti oleh lokasi kampus. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.Penggunaan frasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan adalah betul dan mantap. Contoh lain yang boleh digunakan adalah seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Timur.Tatabahasa17.06.2016
Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Mengenai ' Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang', oleh sebab nama khas ini terlalu panjang, bolehkan saya pisahkannya menjadi 'Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang' untuk cap jabatan ? Jika boleh, perlukah tanda Koma selepas 'Malaysia'?

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang boleh dipisahkan tanpa koma selepas perkataan Malaysia.

Tatabahasa02.03.2009
Mohon pengesahan mana yang betul. MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN KALI KE-19 TAHUN 2010. Soalan: Perlu tak ada kali .MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN  KE-19 TAHUN 2010 sudah memadai.Tatabahasa22.04.2010
Mohon beri penjelasan, manakah yang betul tentang dua daripada ayat yang berikut: 1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. ATAU 2. Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. Adakah soalan nombor 2 ini betul?Kedua-dua contoh ayat tersebut betul. Ayat pertama digunakan jika Puan Mary menjadi tetamu kehormat majlis dan pengacara mengumumkan ketibaan beliau agar tetamu bersedia untuk memberi penghormatan. Ayat kedua kebiasaannya digunakan dalam atur cara majlis dan Puan Mary merupakan antara tetamu kehormat majlis.Tatabahasa05.03.2009
Betulkah soalan berikut: 1.Kebanyakkan peseta SUKMA 2014 menginap di Kampus UiTM,Arau. 2.Program bacaan dinamik akan diadakan di dalam bulan Oktober. 3.Dia berambut kerinting. 4.Aidil yakin bahawa dia dapat memperdalami ilmu perakaunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.Kebanyakan peserta SUKMA 2014 menginap di Kampus UiTM Arau.

2.Program bacaan dinamik akan diadakan pada bulan Oktober.

3.Dia berambut keriting.

4.Aidil yakin bahawa dia dapat mendalami ilmu perakaunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.

Tatabahasa07.10.2014
saya dari IPG Kampus Pulau Pinang bersama 10 orang Pelajar Guru ingin membuat satu kajian tindakan di kawasan Simpang ampat, s.perai, pulau pinang dari januari - disember 2015. tajuk kajian ialah "keberkesanan klinik Bagi Matapelajaran Kritikal (SPM) Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Kami ingin bukukan kajian tindakan ini. apakah yang perlu kami lakukan buat masa ini? Bagaimana pula dengan wang perbelajaan? Bagaimana pula dengan dokumentasi dan lapuran? Bagaimana pula dengan kebenaran keluar dari IPG dan sebagainya. Tolong memberi penjelasan atau hubungi di tel.bimbit saya. 017-4369751. (aktiviti dijangka bermula pada 10/01/2015 dan berakhir pada15/12/2015 (pelancaran hasil kerja oleh DBP)Untuk makluman tuan, DBP tidak menaja penyelidikan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Apa yang berlaku ialah penyelidikan bahasa dan sastera yang dibuat oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan tokoh tertentu.Lain-lain15.12.2014
1234

Kembali ke atas