Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,

Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai kacang direbus satu.Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jelongak kerbau rampung.Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi terkurung siang.Sangat gelisah kerana tidak bebas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi ditarik keluan.Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk.Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jempuk kesiangan hari.Kebingungan; termenung-menung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai itik pulang petang.Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai inai dengan kuku.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ilak bercerai dengan benang.Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas