Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kan

Puisi
 

Kalau dapat kelapa tumbuh,
     Kan den tanam di bawah jenjang;
Kalau dapat kata nan sungguh,
     Kan digonggong dibawa terbang.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana bunga kan jadi mekar, Kalaulah kumbang sudah menyeri; Bagaimana hamba memberi khabar, Kalaulah abang sudah beristeri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Inderapura Pasatapan, Kan berkumpul dagang di Kerinci; Hati hiba bawa berjalan, Dilihat adik ditangisi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana batang kan besar, Dahannya layu tidak berdaun; Bagaimana abang kan sabar, Sebulan menunggu rasa setahun.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Siapa ingat hari kan senja, Tentulah dia bersedia suluh; Siapa ingat kan hari tua, Tentulah dia bekerja sungguh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau dapat kelapa tumbuh, Kan den tanam di bawah jenjang; Kalau dapat kata nan sungguh, Kan digonggong dibawa terbang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau orang menjaring ungka, Rebung seiris kan pengukusnya; Kalau arang tercoreng ke muka, Ujung keris kan penghapusnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengapa takut menempa belati, Esok Iusa kan ditempa juga; Mengapa takut menempuh mati, Esok lusa kan ditempuh juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau selalu menumbuk lada, Sekali-sekali mata kan pedas; Kalau selalu berburuk sangka, Sekali-sekali kan kena bidas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Adat Melayu memantangkan manja, Terlalu manja hidup kan rosak; Sifat cemburu mendatangkan bala, Cemburu buta hidup kan kemah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas