Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kanak-kanak budak lelaki atau pe­rempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun): ~ yg tidak berdosa; pantun ~; bahasa ~ bahasa anak kecil; kekanak-kanakan 1. spt kanak-kanak (ting­kah laku, fikiran, dll), keanak-anakan: berkelakuan ~; ketawa ~; 2. Id terbantut (ter­henti) pertumbuhan bahagian tubuh atau kecerdasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kanak-kanak anak yg masih kecil (biasanya belum berumur tujuh tahun): bahasa ~ bahasa anak-anak kecil; masih ~ masih kecil. kekanak-kanakan spt kanak-kanak (bkn kelakuan atau perangai). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanak
Kata Terbitan : kanak-kanak, kekanak-kanakan,

Peribahasa

Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit.

Bermaksud :

Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
peringkat kanak-kanakchildhoodTempoh masa perkembangan kanak-kanak antara umur tiga tahun hingga 13 belas tahun.Menengah Rendah
peringkat bayiinfancyTempoh masa bagi peringkat awal pembesaran kanak-kanak, iaitu dari awal kelahiran sehingga berumur tiga tahun.Menengah Rendah
kwasyiorkorkwashiorkorPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut.Menengah Atas
gigi susumilk teethGigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas