Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.na/.ka.na/] | کانق٢

Definisi : budak lelaki atau pe­rempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun): ~ yg tidak berdosa; pantun ~; bahasa ~ bahasa anak kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.na/.ka.na/] | کانق٢

Definisi : anak yg masih kecil (biasanya belum berumur tujuh tahun): (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanak
Kata Terbitan : kanak-kanak, kekanak-kanakan,

Peribahasa

Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit.

Bermaksud :

Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tasarrufat sabiypengurusan oleh kanak-kanakPerniagaan IslamTiadaPengurusan harta oleh kanak-kanak dalam bentuk perbuatan atau perkataan. Pengurusan harta oleh kanak-kanak yang belum mumaiyiz dalam akad tabarru‘ yang melibatkan pemberian oleh kanak-kanak tersebut adalah tidak sah. Jumhur mengharuskan akad berbentuk penerimaan, kecuali mazhab Hanafi. Pengurusan harta oleh kanak-kanak mumaiyiz berlaku dalam tiga keadaan. Pertama, wujud faedah sepenuhnya kepada kanak-kanak, akad menjadi sah tanpa perlu mendapat keizinan daripada walinya. Kedua, wujud mudarat sepenuhnya kepada kanak-kanak, akad menjadi tidak sah melainkan mendapat keizinan daripada walinya. Ketiga, wujud faedah dan mudarat kepada kanak-kanak, akad boleh dilakukan dengan syarat mendapat keizinan daripada walinya.
respiratory syncytial virusvirus sinsitium pernafasanPerubatanTiadaParamiksovirus yang menyerupai virus influenza. Virus ini mengakibatkan epidermis penyakit pernafasan akut yang berlaku lebih teruk pada kanak-kanak; kanak-kanak itu seterusnya mengalami bronkopneumonia dan bronkiolitis. Virus ini diberi nama demikian kerana ia mengakibatkan pembentukan sinsitium, iaitu sel gergasi berbilang nukleus pada kultur sel.
nursery rhymepuisi kanak-kanakKesusasteraanTiadaPuisi berangkap yang muncul dalam bentuk ringkas, pendek, dan menggunakan bahasa yang mudah. Puisi kanak-kanak mementingkan rima dan baris-baris bersukat supaya mudah diingati dan digemari kanak-kanak. Temanya berkisar tentang pengalaman kanak-kanak, lucu dan berseloroh tetapi mengandungi unsur pengajaran dan moral yang baik. Contoh puisi kanak-kanak yang popular dari Barat adalah seperti yang berikut: �Humpty Dumpty� Humpty Dumpty sat on the wall, Humpty Dumpty had a great fall. All the king�s horses and all the king�s men, Could not put Humpty Dumpty together again. Dalam tradisi Melayu, puisi kanak-kanak sering muncul dalam bentuk pantun dua kerat yang mudah. Contohnya: Satu, dua, tiga, empat, Siapa cepat dia dapat. Puisi kanak-kanak dalam bentuk pantun empat kerat yang mudah. Contohnya: Pak kenek-kenek, Masuk lubang batu; Pesan datuk nenek, Simpan kain baju. Dalam kesusasteraan Arab, lagu buaian Nam Nanah Huwa dan lagu puisi berkumpulan kanak-kanak al-Tha�lab Fat fat. Dalam sastera Parsi, puisi ini ditemui dalam sajak �Thurayya� dan �Kharus Zari� oleh Ahmad Shamlu.
child traffickingpemerdagangan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk pemerdagangan manusia yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Bentuk pemerdagangan ini termasuklah eksploitasi seksual kanak-kanak yang terdiri daripada pelacuran, pornografi dan seks pelancongan kanak-kanak. Tindakan ini memberikan implikasi negatif terhadap perkembangan diri, keselamatan dan kesejahteraan psikososial kanak-kanak tersebut.
child offenderpesalah kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahPelaku jenayah yang dikelaskan sebagai kanak-kanak mengikut undang-undang. Contohnya, di Malaysia, akta kanak-kanak mentakrifkan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.
child abusependeraan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan agresif yang dilakukan terhadap kanak-kanak, sama ada dari segi fizikal, psikologi, lisan atau seksual. Tindakan ini termasuklah melakukan pelanggaran hak kanak-kanak, seperti pengurungan dan perhambaan. Penderaan kanak-kanak boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut.
nursery talecerita kanak-kanakKesusasteraanTiadaCerita yang pendek, bersifat didaktik serta menghiburkan untuk kanak-kanak. Cerita ini biasanya menggunakan watak kanak-anak dan binatang yang diberikan sifat manusia. Cerita ini mengandungi unsur magis dan fantasi untuk menarik minat kanak-kanak. Cerita kanak-kanak mempunyai plot yang mudah dengan tema yang menyelitkan unsur moral yang jelas. Kebanyakan cerita kanak-kanak ialah cerita tradisional yang disampaikan secara lisan, tetapi ada juga cerita yang ditulis dan dibacakan. Contoh cerita kanak-kanak yang popular di Barat ialah Ginger Bread Man, Goldilocks and the Three Bears dan Jack and the Beanstalk. Dalam masyarakat Melayu, cerita yang popular ialah cerita Awang kenit dan Sang Kancil.
children’s theatreteater kanak-kanakKesenianDrama dan Teater1. Persembahan teater yang khusus untuk khalayak kanak-kanak. 2. Kegiatan teater yang hanya menggunakan pelakon kanak-kanak dan lazimnya untuk khalayak kanak-kanak.
children librarianpustakawan kanak-kanakPerpustakaanTiadaPustakawan di perpustakaan di bahagian kanak-kanak yang ditugaskan untuk memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak.
egocentrismegosentrismePsikologiPsikologi UmumTahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang menumpukan pemikiran kepada diri sendiri sahaja. Menurut Piaget, egosentrisme wujud pada peringkat praoperasional dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Pada tahap pemikiran ini, kanak-kanak biasanya mempunyai kemampuan yang terhad untuk menilai, berkongsi atau menghargai pandangan orang lain. Contohnya, jika individu berkata kepada kanak-kanak yang egosentrisme bahawa kakaknya mempunyai seorang adik, kanak-kanak tersebut akan menolak kenyataan itu kerana gagal memahami situasi bahawa dia merupakan adik kepada kakaknya.
12345678910...

Kembali ke atas