Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.nan] | کانن

Definisi : 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu; menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke PBB; kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.nan] | کانن

Definisi : 1 bahagian yg di sebelah timur apabila kita menghadap ke utara; bahagian yg berlawanan dgn kiri: Dia duduk di ~ saya. 2 tinggi pangkatnya dll: Dia pegawai ~ di pejabat itu. menganankan membawa ke arah kanan; memutarkan ke arah kanan. kekananan kedudukan atau taraf yg lebih tinggi: Kenaikan pangkat bukan saja didasarkan pd ~ seseorang, tetapi juga pd kecekapan dan pencapaiannya dlm menjalankan tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,

Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Bermaksud :

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
right3. right side, direction, etc, (sebelah) kanan: she looked to the ~ and left before crossing the road, dia menoleh ke kanan dan ke kiri sebelum melintas jalan; turn the knob to the ~, pusing tombol itu ke kanan; the indicator moves from ~ to left, penunjuk itu bergerak dr kanan ke kiri; the driver on my ~, pemandu di sebelah kanan saya; 4. blow given with the right hand, tumbukan dgn tangan kanan: he gave his opponent a ~ to the jaw, dia melepaskan tumbukan kanan ke rahang lawannya; 5. usu the R~, Puak (berhaluan) Kanan, Sayap Kanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
senioradj 1. higher in rank or standing, kanan: ~ minister, menteri kanan; ~ researcher, penyelidik kanan; ~ officer, pegawai kanan; she’s ~ to me although I joined the company much earlier, dia lebih kanan drpd saya walaupun saya bekerja di syarikat ini lebih awal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
right-handedadj 1. using the right hand habitually, menggunakan tangan kanan: a ~ man, orang yg menggunakan tangan kanan; 2. made for use by the right hand, utk tangan kanan: ~ scissors, gunting utk tangan kanan; 3. given with the right hand, dgn tangan kanan: a ~ blow to the head, pukulan dgn tangan kanan pd kepala; 4. clockwise, dr kanan ke kiri: a ~ spiral, pilin dr kanan ke kiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
right-handadj 1. directed towards the right, ke kanan: take a ~ turn, belok ke kanan; 2. being on the right, sebelah kanan: the ~ drawer, laci sebelah kanan; 3. for use by the right hand, sebelah kanan: a ~ glove, sarung tangan sebelah kanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
right wingn 1. (polit), /Sayap, Puak/ Kanan; 2. (in football etc) a. (position) sebelah kanan; (player) sayap kanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
right wingadj berhaluan kanan: ~ newspaper, akhbar berhaluan kanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rightwardadj ke (arah) kanan: a ~ turn, belok ke kanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
starboard adj kanan (kapal): the cabin on the ~ side of the ship, kabin di sebelah kanan kapal itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
right-hand driveadj pandu (sebelah) kanan: a ~ car, kereta pandu kanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
starboard vt memusingkan [sst] ke kanan: “~ the helm,” shouted the captain, “pusingkan celaga ke kanan,” teriak kapten itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas