Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkeca­muk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincang­an dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : peluk, sepemeluk; terkancah terlibat dlm kesukaran dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1 kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2 ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kancah (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawah: kuali

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan medan, gelanggang, lembah, arena, dunia, lubuk.,


Peribahasa

Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang,
     nuri pandai berkata.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
screened pankancah bertapisSainsHidrometeorologiKancah sejatan yang bahagian atasnya ditutup oleh tapisan jaringan dawai (jaringan 1/4 inci). Tapisan ini mengurangkan edaran dan tebatan udara dan menghasilkan koefisien kancah yang lebih hampir kepada nilai satu daripada kancah bertapis yang paling meluas digunakan mempunyai garis pusat 2 kaki dan dalamnya 3 kaki, dan dibenamkan ke dalam tanah supaya kira-kira dua inci bingkainya mengunjur ke luar dari permukaan tanah sekitarnya. Aras air dikekalkan lebih kurang pada aras tanah. Koefisien kancah tahunan bagi kancah bertapis pola ini ialah sekitar 0.9 � 1.0.
colorado pankancah coloradoHidrologiTiadaJenis kancah sejatan yang luasnya lebih kurang 1 meter persegi dan dalamnya 45 cm. Kancah ini dibenam ke bumi sedalam 40 cm dan paras airnya dikawal agar sama dengan paras bumi.
pan, bpikancah bpiHidrologiTiadaKancah sejatan yang bulat bergaris pusat enam kaki dan dalamnya dua kaki, diperbuat daripada besi galvani yang tidak dicat. Kancah ini dibenam ke dalam tanah dengan bingkainya lebih kurang dua inci atas dari permukaan tanah dan paras air di dalamnya dikekalkan lebih kurang sama dengan permukaan tanah
evaporation pan see also evaporimeterkancah sejatan lihat juga meter sejatanHidrologiTiadaMeter sejatan yang terdiri dari suatu tangki atau kancah yang kedalamannya sederhana dan permukaannya agak besar. Di dalamnya penurunan paras air akibat penyejatan dapat diukur. (WMO) (1) US kelas A; Kancah berbentuk silinder 25.4 cm dalam dan bergaris pusat 120.7 cm dibuat dari logam Monel. Bahagian bawahnya ditopang atas suatu rangka kayu 1.5 cm tinggi dari tanah. (2) USSR GGI-3000: Kancah berbentuk silinder, luas permukaannya 3000 cm2 , dalamnya 60 cm, bahagian bawahnya berbentuk kerucut, dan dibenamkan ke dalam tanah sehingga bingkainya tinggal 7.5 cm atas dari permukaan tanah. (3) Tangki USSR 20 m2; Tangki yang luas permukaannya ialah 20 m2, berbentuk silinder, bahagian bawahnya rata, dalamnya 2 m dan bingkainya 7.5 cm atas dari permukaan tanah.
pan, floatingkancah apungHidrologiTiadaKancah sejatan yang terapung di air.
pan, sunkenkancah benamHidrologiTiadaKancah sejatan yang ditanam ke dalam tanah hampir ke bingkainya.
evaporation pankancah sejatanSainsHidrometeorologiAlat yang terdiri daripada tangki atau kancah yang sederhana dalamnya dan agak besar permukaannya dan digunakan untuk mengukur penurunan aras air akibat penyejatan.
coefficient, pankoefisien kancahHidrologiTiadaNisbah sejatan suatu suatu badan air yang besar terhadap sejatan yang diukur dalam kancah sejatan.
Colorado pankancah ColoradoGeografiTiadaTiada
evaporimeter syn. atmometer; see also evaporation panmeter sejatan lihat juga kancah sejatanHidrologiTiadaAlat yang digunakan untuk mengukur banyaknya air yang tersejat ke atmosfera selama suatu jangka masa tertentu.
12

Kembali ke atas