Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : 1. alat (spt cangkuk) utk menutup (merapatkan) baju dll yg berbelah; 2. butang (baju dll); 3. = pengancing alat spt selak dll utk mengunci (menutup) pintu (tingkap dll); ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut (penyakit tetanus); berkancing 1. memakai kancing; 2. berkunci dgn kancing: pintu yg tak ~ itu kutolak; mengancing menutup dgn kancing; ~ baju kemejanya; semua pintu astana dikancingnya; mengancingkan menutupkan (baju, pintu, dll) dgn kancing; terkancing terkunci, tertutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : ; ~ baju sj tumbuhan (herba), daun rotan, rumput juak, subang puteri batik, Bidens pilosa; ~ baju jantan sj tumbuhan (herba), katub perenggang, rumput sekepet burit, rumput teki, Kyllinga bervifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : 1 benda pipih yg dibuat drpd tulang, logam dll dan digunakan utk menutup bahagian pakaian yg berbelah; butang. 2 = pengancing alat (spt selak) utk mengunci pintu dsb. ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut disebabkan oleh sj bakteria. berkancing 1 memakai kancing. 2 berkunci dgn kancing. mengancing menutup baju, pintu dll dgn kancing. terkancing tertutup; terkunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : ist jalan yg sempit di celah-celah pergunungan atau bukit; genting: Terdapat beberapa ~ yg agak rendah melalui Banjaran Rocky. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kancing (kata nama)
1. Dalam konteks baju
bersinonim dengan butang, gancu, kafling, pin, zip,

2. Dalam konteks pintu
bersinonim dengan belan, selak, pengancing,

Kata Terbitan : berkancing, mengancingkan, terkancing,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZIP

Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan

ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing

ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk

yang boleh padan dengan elok antara satu dengan

lain.

UMUM 
TETANUS

Tetanus ialah suatu jenis penyakit yang serius

yang menyerang otot. Penyakit ini juga dikenali

sebagai kancing gigi kerana kekejangan otot yang

kuat (pengecutan otot yang kuat) di bahagian otot

rahang menyebabkan mangsa sukar membuka

mulutnya.

UMUM 
ANTITOKSIN

Antitoksin ialah bahan yang terdiri daripada sel

hidup yang melawan penyakit yang disebabkan oleh

toksin. Toksin adalah racun yang dihasilkan oleh

organisma kecil seperti bakteria. Doktor

menggunakan antitoksin untuk merawat penyakit,

antara termasuk tetanus (kancing gigi) dan difteria.

Antitoksin adalah sejenis antibodi yang dapat

menyembuhkan atau menghalang penyakit, atau

menjadikannya kurang serius (lihat Sistem imun ).

UMUM 
BUTANG

BUTANG,  sejenis kancing untuk mencantumkan pakaian pada bahagian yang tertentu.  Pada masa dahulu, butang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti siput gerus, tempurung, kayu, buluh, kulit, pelbagai jenis logam, tulang dan tali.

BUDAYAArtifak/Mentifak
KACIP

KACIP, alat untuk membelah dan menghiris pinang yang biasanya diletakkan dalam tepak sirih. Kacip dapat dibahagi kepada tiga bahagian penting, iaitu kepala, badan dan pemegang. Kacip berfungsi seperti gunting tetapi bentuknya berbeza-beza. Kacip mempunyai dua badan yang berasingan yang dicantum menggunakan kancing yang dimeteri di hujung atau kepala kacip.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas