Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : 1. alat (spt cangkuk) utk menutup (merapatkan) baju dll yg berbelah; 2. butang (baju dll); 3. = pengancing alat spt selak dll utk mengunci (menutup) pintu (tingkap dll); ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut (penyakit tetanus); berkancing 1. memakai kancing; 2. berkunci dgn kancing: pintu yg tak ~ itu kutolak; mengancing menutup dgn kancing; ~ baju kemejanya; semua pintu astana dikancingnya; mengancingkan menutupkan (baju, pintu, dll) dgn kancing; terkancing terkunci, tertutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : ; ~ baju sj tumbuhan (herba), daun rotan, rumput juak, subang puteri batik, Bidens pilosa; ~ baju jantan sj tumbuhan (herba), katub perenggang, rumput sekepet burit, rumput teki, Kyllinga bervifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : 1 benda pipih yg dibuat drpd tulang, logam dll dan digunakan utk menutup bahagian pakaian yg berbelah; butang. 2 = pengancing alat (spt selak) utk mengunci pintu dsb. ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut disebabkan oleh sj bakteria. berkancing 1 memakai kancing. 2 berkunci dgn kancing. mengancing menutup baju, pintu dll dgn kancing. terkancing tertutup; terkunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : ist jalan yg sempit di celah-celah pergunungan atau bukit; genting: Terdapat beberapa ~ yg agak rendah melalui Banjaran Rocky. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kancing (kata nama)
1. Dalam konteks baju
bersinonim dengan butang, gancu, kafling, pin, zip,

2. Dalam konteks pintu
bersinonim dengan belan, selak, pengancing,

Kata Terbitan : berkancing, mengancingkan, terkancing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
koembangkumbangSainsHidrometeorologiAngin kering seperti angin fohn yang bertiup dari tenggara atau selatan di Cirebon dan Tegal di Jawa. Angin ini disebabkan oleh monsun timur yang menimbulkan kesan jet semasa melalui kancing-kancing di banjaran gunung dan turun di sisi teduhan angin.
kancing bajukancing bajuKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok kancing baju.
bunga butangbunga butangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok kancing baju. kancing baju
air gapkancing anginGeografiTiada1. Takukan cetek di rabung atau bahagian permatang gunung yang lebih tinggi daripada kancing air.,2. Bekas kancing air.
air gapkancing anginGeologiTiada1. Takukan cetek di rabung atau bahagian permatang gunung yang lebih tinggi daripada kancing air.,2. Bekas kancing air.
wind gapkancing anginGeologiTiada1. Takik yang cetek di rabung atau di bahagian atas permatang gunung, biasanya di aras yang lebih tinggi daripada kancing air.,2. Jurang sempit yang asalnya merupakan kancing air tetapi telah kering.
fastenerpengikat; kancingFizikTiada1. Kancing: Alatan kecil yang digunakan untuk mengancing pakaian dan juga hiasan seperti butang dan zip. 2. Pengikat: Alat seperti tali, reben dan lain-lain yang digunakan untuk mengikat.
bucklekancing; lengkok; geledingSosiologiTiada2. Kancing: Penyangkuk hiasan daripada logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung, mempunyai satu atau dua pengancing yang digunakan pada tali pinggang, kasut dan pakaian.
fastenerpengikat; kancingKejuruteraanTiada1. Kancing: Alatan kecil yang digunakan untuk mengancing pakaian dan juga hiasan seperti butang dan zip. 2. Pengikat: Alat seperti tali, reben dan lain-lain yang digunakan untuk mengikat.
fastenerpengikat; kancingKesenianTiada1. Kancing: Alatan kecil yang digunakan untuk mengancing pakaian dan juga hiasan seperti butang dan zip. 2. Pengikat: Alat seperti tali, reben dan lain-lain yang digunakan untuk mengikat.
12345678910...

Kembali ke atas