Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dung] | کاندوڠ

Definisi : 1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi­-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa; ~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil­-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil; mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamil­kan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga; terkandung dikandung, terdapat atau ter­muat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm se­suatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dung] | کاندوڠ

Definisi : 1 karung kecil tempat menyimpan wang (emas dll); kantung; pundi-pundi: Dia mengeluarkan wang dr ~nya. 2 pundi-pundi peranakan; rahim. mengandung 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. mengandungi menjadi sbg kandung kpd: Gelas ~ air. mengandungkan sedang mengandung (anak); membuntingkan; menghamilkan: Dia sihat semasa ~ anak sulungnya. terkandung sudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat: Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya. kandungan 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila terangkan ayat berikut "Saya mempunyai 3 orang adik beradik." Dalam kontex ayat tersebut adakah ia bermakna 3 orang ini termasuk saya atau 3 orang DAN saya. Dan adakah maksudnya sama dengan "Kami 3 adik beradik ...."Adik-beradik bermaksud saudara kandung/bersaudara kandung. 'Saya mempunyai tiga orang adik-beradik' - termasuklah dirinya sendiri, tetapi jika ayat ini berbunyi 'Saya mempunyai tiga orang lagi adik-beradik' - tidak termasuk dirinya sendiri.Tatabahasa28.12.2010
maksud anak kandung,anak tiri,anak angkat

   terima kasih kerana menghubungi knbdbp.

  • anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu ini dikatakan anak tiri manakala anak angkat ialah Anak orang lain yang tidak mempunyai pertalian darah yang diambil untuk dipelihara dan dibesarkan secara sah mengikut undang-undang atau adat seperti anak sendiri. manakala anak kandung adalah anak sendiri.
Istilah21.10.2009
NYATAKAN PERBEZAAN MENGANDUNG DAN MENGANDUNGIMengandung bermaksud 1. membawa sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Contohnya, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa02.05.2014
mengandungi maklumat atau mengandung maklumat?Mengandung bermaksud membawa 1. sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Oleh itu, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa10.04.2010
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih.

Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa.

Istilah18.09.2009
saya ingin memohon jasa baik dari pihak DBP untuk menolong saya mencari perbezaan perkataan 'mengandung' dan 'mengandungi'. saya berharap pihak DBP dapat mmberi kerjasama dengan saya dan membalas secepat yang mungkin..Kata mengandung daripada kata kandung dan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. membawa sesuatu dalam saku dll. 2. hamil 3. = mengandungi, berisi, memuat. Dari segi penggunaan untuk maksud hamil perkataan yang digunakan ialah mengandung. Bagi maksud selain itu perkataan mengandungi digunakan.        Tatabahasa23.03.2008
Assalamualaikum Tuan, 1. Dalam penulisan, adakah judul buku perlu dimiringkan dan diletakkan tanda petik? Contohnya: Buku "The Forest Seeds Story" telah diterbitkan oleh FRIM. 2. Adakah perlu diletakkan tanda petik dan dimiringkan bagi penulisan dalam bahasa Melayu untuk tajuk projek dalam bahasa Inggeris? Contoh: Projek yang bertajuk " The Future of Medicinal Plants in Malaysia" telah dibentangkan di....... 3. Nama khas dalam BM tetapi ada terjemahannya dalam BI, perlukah terjemahan nama khas tersebut yang diletakkan dalam tanda kandung dimiringkan? Contoh ayat: Saya bekerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Forest Research Institute). Sekian, terima kasih.

1. Dalam penulisan, judul buku perlu dimiringkan.

2. Untuk tajuk projek yang telah dimasukkan dalam tanda petik, tidak perlu dimiringkan.

3. Nama atau judul yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan dimasukkan dalam tanda kurung, tidak perlu dimiringkan.

Karya17.07.2019

Kembali ke atas