Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.tin] | کنتين

Definisi : tempat makan dan minum di sekolah, pejabat, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.tin] | کنتين

Definisi : tempat menjual minuman dan makanan di pejabat, sekolah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kantin (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kafe, kafetaria, restoran, gerai, warung, kedai minum.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah? 1. Hari guru / Hari Guru 2. Hari kanak-kanak / Hari Kanak-kanak 3. Hari kantin / Hari Kantin Saya telah rujuk khidmat nasihat yang dipamerkan tetapi telah menimbulkan kekeliruan. Terdapat ejaan yang berbeza dalam forum itu. Harap pihak tuan akan memberikan jawapan yang tepat. Terma kasih.

Frasa Hari Guru, Hari Kanak-kanak (Sedunia) dan Hari Kantin berfungsi sebagai nama khas sekiranya berganding dengan penerang nama khas dan huruf pertama dieja dengan huruf besar. Sekiranya frasa dalam ayat  umum biasa hari guru, hari kanak-kanak, hari kantin  ditulis dengan huruf kecil.

Ejaan08.09.2018
Ayat 1 : Hari ini ialah Hari Kantin sekolah saya. Ayat 2 : Hari in Hari Kantin di sekolah saya. Ayat 3 : Hari ini Hari Kantin sekolah saya. Adakah ayat-ayat di atas betul ? Terima kasih.Ayat yang betul  dari segi tatabahasa bahasa Melayu ialah Ayat 2: Hari ini Hari Kantin di sekolah saya.Tatabahasa05.02.2009
Mereka berlari menuju / menuju ke arah kantin.Ayat yang betul ialah mereka berlari ke arah kantin atau mereka berlari ke kantin.Tatabahasa25.03.2010
selamat sejahtera. 1. Murid-murid beratur membeli makanan di kantin. 2. Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin. 3. Murid-murid beratur untuk membeli makanan di kantin. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? kalau ayat 1 betul. harap dapat penjelasan sikit daripada pihak tuan. terima kasih.Semua ayat betul kecuali ayat 1.Tatabahasa29.10.2018
Adakah huruf h dan huruf k dalam perkataan hari kantin perlu ditulis dalam huruf besar ketika menulis dalam karangan. Contoh: Sekolah saya mengadakan hari kantin pada hari Jumaat yang lalu.Ejaan yang betul ialah Hari Kantin.Ejaan16.07.2012
penggunaan kata hubung hadir sebelum atau selepas tempat. a) Ali sedang makan di kantin untuk mengalas perut. b) Ali sedang makan untuk mengalas perut di kantin. mana satu ayat yang betul dan mengapa ?

Jawapan yang betul ialah Ali sedang makan di kantin. Frasa 'mengalas perut' dianggap lewah.

Tatabahasa29.04.2010
Tujuan Hari Kantin diadakan untuk mengisi tabung sekolah. Merujuk kepada ayat di atas, betulkah tatabahasa dan strukturnya, frasa " mengisi tabung " betul ?Frasa "mengisi tabung" betul dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa11.07.2014
Salam sejahtera, 1. Mereka makan makanan di kantin. 2. Mereka makan makanan yang lazat di kantin. Ayat yang mana betul ? Terima kasihKedua-dua ayat adalah betul.Makna06.05.2014
1.Murid-murid beratur (di kantin )semasa membeli makanan. 2.Murid-murid beratur semasa membeli makanan( di kantin). Adakah kedua-dua struktur ayat ini betul dan tepat?Kedua-dua struktur ayat tersebut betul. Keterangan dalam frasa kerja (Predikat) menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi.Tatabahasa16.05.2013
Salam sejahtera . Hari kantin dan hari kanak-kanak perlu ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih.Hari Kantin dan Hari Kanak-Kanak merujuk kepada hari yang khusus, jadi ditulis dengan huruf besar.Lain-lain17.04.2013
12345

Kembali ke atas