Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kapal (kata nama)
Bersinonim dengan bahtera, lancang, keci, kapal layar, jong, feri.,

Puisi
 

Kelap-kelip api di kapal,
     Api menahan tiang bendera;
Sedap selit tidur sebantal,
     Kasih bercerai si air mata.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Kapal api kapitan Jerman, Teluk meneluk di Pulau Jawa; Hitam manis perubuh budiman, Putihlah kuning pembalut nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelap-kelip api di kapal, Api menahan tiang bendera; Sedap selit tidur sebantal, Kasih bercerai si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelip-kelip api di kapal, Baru sedar pasang pelita; Air mata jatuh ke bantal, Baru sedar menanggung derita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pulau Pisang pasang api, Tempat kapal belayar malam; Kalau belum nak mati, Badan tercampak ke lubuk dalam.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Api siapa di kapal itu, Sejak senja tiada beralih; Laki siapa yang gatal itu, Nampak perawan ludah meleleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kereta api tak ada serombong, Kapal pergi ke Batu Pahat; Sekali-kali saya tak sombong, Tapilah tuan tak tahu adat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kapal selam belayar malam, Nampak api timbul tenggelam; Bagaimana hatiku tak geram, Bagai timun dibuat ulam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan

Kembali ke atas