Kurik Kundi Merah Saga | Kapal api kapitan Jerman, Teluk meneluk di Pulau Jawa; Hitam manis perubuh budiman, Putihlah kuning pembalut nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelap-kelip api di kapal, Api menahan tiang bendera; Sedap selit tidur sebantal, Kasih bercerai si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelip-kelip api di kapal, Baru sedar pasang pelita; Air mata jatuh ke bantal, Baru sedar menanggung derita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pisang pasang api, Tempat kapal belayar malam; Kalau belum nak mati, Badan tercampak ke lubuk dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kereta api tak ada serombong, Kapal pergi ke Batu Pahat; Sekali-kali saya tak sombong, Tapilah tuan tak tahu adat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal selam belayar malam, Nampak api timbul tenggelam; Bagaimana hatiku tak geram, Bagai timun dibuat ulam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa. |