Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kapal (kata nama)
Bersinonim dengan bahtera, lancang, keci, kapal layar, jong, feri.,

Puisi
 

Kelap-kelip api di kapal,
     Api menahan tiang bendera;
Sedap selit tidur sebantal,
     Kasih bercerai si air mata.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kapal apikapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap);Kamus Dewan Edisi Keempat
kapal api (asap, stim)kapal yg dijalankan dgn tenaga wap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menukik1. turun (terjun, terbang, dll) ke bawah dgn kepala dahulu, menjunam: kapal-kapal terbang Jerman ~ lurus dr udara menyerang kapal-kapal pihak Berikat di Laut Tengah; 2. memandang (membidik dll) arah ke bawah; 3. = ~ api ark menghidupkan api dgn batu api, mencetus api;Kamus Dewan Edisi Keempat
tukik I; menukik 1. turun (terjun, terbang, dll) ke bawah dgn kepala dahulu, menjunam: kapal-kapal terbang Jerman ~ lurus dr udara menyerang kapal-kapal pihak Berikat di Laut Tengah; 2. memandang (membidik dll) arah ke bawah; 3. = ~ api ark menghidupkan api dgn batu api, mencetus api; menukikkan menggerakkan (menerjunkan, melayangkan, dll) arah ke bawah dgn kepala dahulu, menjunamkan; ~ layang-layang menurunkan layang-layang (dgn menjunam­kannya); ~ tombak menusukkan tombak ke bawah; ~ pandang = ~ pemandangan meng­halakan pandangan ke bawah, melihat (me­man­dang) ke bawah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kapal Ibahtera atau perahu besar yg ada gela­dak (biasanya digerakkan oleh jentera); ~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk men­dalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengan­dungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan; ~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg me­ngarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak ber­tambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang; berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura.Kamus Dewan Edisi Keempat
mel(mél) I surat, bungkusan, dsb yg dihantar melalui pejabat pos; kapal (kereta api) ~ kapal (kereta api) yg membawa surat; ~ elektronik e-mel; ~ suara (Komp) sistem elektronik utk menghantar dan menyimpan mesej telefon yg dapat di­dengar oleh penerimanya pd bila-bila masa yg sesuai kemudiannya; ~ udara a) sistem penghantaran surat, bungkusan dsb dgn kapal terbang; b) surat, bungkusan dsb yg dihantar dgn kapal terbang (biasanya ke destinasi yg jauh dan lebih cepat sampai).Kamus Dewan Edisi Keempat
menembakkan1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menendang bola ke arah gol;Kamus Dewan Edisi Keempat
kapal (kereta api) melkapal (kereta api) yg membawa surat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kapal (kereta api) melkapal (kereta api) yg membawa surat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kapal penyapu periuk apikapal utk memusnahkan periuk api;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas