Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pa.si.ti] | کاڤاسيتي

Definisi : 1. kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu, kekuatan (mesin dll); 2. kemampuan memuat sesuatu, muatan, isi padu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa.si.ti] | کاڤاسيتي

Definisi : ist 1 jumlah maksimum yg dpt ditampung oleh sesuatu. 2 keupayaan menampung (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapasiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan keupayaan: kemampuan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan muatan: kandungan, berat.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heat capacity rationisbah kapasiti habaKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kapasiti haba pada keadaan isi padu malar terhadap kapasiti haba pada tekanan malar yang dijelaskan sebagai � = CV/CP, dengan � = nisbah kapasiti haba, CV = kapasiti haba pada keadaan isi padu malar, CP = kapasiti haba pada keadaan tekanan malar. Nisbah kapasiti haba kerap digunakan dalam analisis kerana ia kurang sensitif terhadap suhu berbanding dengan kapasiti haba. Bagi anggaran, nilai � lebih kurang 1.67 bagi gas monoatom, 1.4 bagi gas dwiatom, dan 1.3 bagi gas ringkas.
carrying capacitykapasiti angkut; kapasiti simpanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
carrying capacitykapasiti angkut; kapasiti simpanEkonomiTiadaTiada
capacity, field syn. capacity, effective; capacity, waterholding; capacity, field capillary (moisture); capacity, (maximum) field carrying; see retentionhad basahHidrologiTiadaBanyaknya air yang tertahan dalam sampel tanih selepas air graviti yang berlebihan tersalir keluar. Sin.: kapasiti efektif; kapasiti menahan air, kapasiti rerambut lapangan (kelengasan).
correlation of heat capacity for ideal gaskorelasi kapasiti haba gas unggulKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi kapasiti haba pada tekanan malar bagi gas unggul yang lazimnya bergantung pada kumpulan jenis bahan sebagai CP/R = a + bT + gT2, dengan a, , dan g = pemalar yang mewakili parameter sifat parabolik penukaran kapasiti haba dengan suhu T. Kapasiti haba juga dikorelasikan sebagai CP/R = A + BT + CT2 + DT-2, Kapasiti haba pada tekanan malar CP dan isi padu malar CV dihubungkan sebagai CP + CV + R. Kesemua unit kapasiti haba bergantung pada unit pemalar gas semesta R yang dipilih.
capacity (of a well)kapasiti (perigi)HidrogeologiTiadaKadar maksimum sesebuah perigi dapat mengeluarkan air dengan cara pemampaan setelah air dalam perigi itu dikeluarkan. Ini adalah kadar pengeluaran ketika paras air dalam perigi disurutkan ke paras pengambilan. (Dimensi: L3T-1) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: jumlah kapasiti (perigi), kapasiti luah (perigi), daya pengeluaran hasil keupayaan
recharge capacity (of a well)kapasiti imbuh (perigi)HidrogeologiTiadaKadar maksimum perigi imbuh dapat meluahkan air yang dimasukkan ke dalamnya. Kebalikannya ialah kapasiti perigi. (Dimensi: L3T-1) Sin.: kapasiti songsang
heat capacitykapasiti habaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKuantiti yang ditakrifkan sebagai C = dQ/dT, dengan C = kapasiti haba, Q = haba, T = suhu. Takrifan ini agak mengelirukan kerana haba yang terkandung di dalam sesuatu jasad bergantung pada laluan proses bukannya fungsi keadaan. Hubungan ini juga menyarankan lebih daripada satu takrifan kapasiti haba diperlukan.
thermal capacitykapasiti termaSainsHidrometeorologiSama dengan kapasiti haba.
legal capacitykapasiti undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSatu konsep yang meletakkan keupayaan kepada sesuatu entiti perundangan yang mempunyai personaliti undangundang untuk menjadi pemegang hak dan obligasi di sisi undang-undang. Dalam hal ini, sesuatu entiti perundangan yang merangkumi individu, syarikat atau negara boleh bertindak atau melakukan sesuatu berkaitan hak dan kewajipannya. Kapasiti undang-undang memberikan kuasa kepada entiti perundangan untuk melaksanakan satu transaksi, mengekalkan sesuatu status atau hubungan dengan pihak lain serta mewujudkan, mengubah atau menamatkan sesuatu hubungan undang-undang. Dalam konteks undangundang domestik contohnya, seseorang lelaki yang berusia 18 tahun dan ke atas mempunyai kapasiti undangundang untuk berkahwin. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, kapasiti undang-undang dimiliki oleh entity perundangan antarabangsa khususnya negara dan pertubuhan antarabangsa. Contohnya, sesebuah negara yang mempunyai kapasiti undang-undang boleh membuat perjanjian dengan sebuah negara yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas