Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pa.si.tor] | کاڤاسيتور

Definisi : (Fiz) peranti yg dapat menyimpan cas elektrik, mewujudkan kapasitans di dlm litar, menahan pengaliran arus terus dan membolehkan pengaliran arus ulang-alik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa.si.tor] | کاڤاسيتور

Definisi : ist alat yg pd amnya terdiri drpd beberapa pengalir dan penebat elektrik dan digunakan utk menyimpan tenaga elektrik, menghalang pengaliran arus terus dan memungkinkan pengaliran arus ulang-alik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapasitor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Yang manakah antara "cas semula" atau "caj semula" sesuai digunakan untuk terjemahan "recharge" dalam bidang teknologi maklumat? Frasa ini digunakan pada aplikasi telefon pintar. Untuk aplikasi ini, "recharge" bermaksud untuk mengisi semula akaun pengguna dengan wang atau kredit. Contoh ayat: Recharge your account. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cas bermaksud jumlah tenaga elektrik yang tersimpan dalam sesuatu, misalnya kapasitor, bateri manakala caj pula bermaksud bayaran yang dikenakan untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli. Berdasakan maksud ayat yang dinyatakan, padanan kata yang sesuai untuk ayat recharge your account ialah caj semula.Makna04.11.2018

Kembali ke atas