Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pi.tan] | کاڤيتن

Definisi : ark ketua kaum atau kumpulan orang Cina (yg tinggal di sesebuah bandar dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pi.tan] | کاڤيتن

Definisi : 1. alat utk mengapit (memerah), apitan: air tebu yg mengalir dr ~; 2. kapit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pi.tan] | کاڤيتن

Definisi : ketua kelompok kaum Cina dll yg tinggal di sesebuah bandar dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapitan

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JURAGAN

JURAGAN, ketua sesebuah bot atau kapal penangkap ikan.  Juragan juga disebut sebagai nakhoda, kapten, kapitan atau taikong.  Juragan bertanggungjawab mengendalikan kapal atau bot sewaktu berada di laut. Seseorang juragan bertanggungjawab atas keselamatan kapal dan anak kapal, selain menentukan perjalanan kapal dan pengurusan di atas kapal mengikut matlamat atau jadual sebagaimana yang telah ditetapkan.

BUDAYATokoh
PANGERAN BENDAHARA

PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca.  Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil).  Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa.  Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32).  Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas