Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ram] | کارم

Definisi : 1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah; ~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatut­nya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga me­minta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana ke­matian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebab­sebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menye­sal); mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan; kekaraman 1. mengalami bencana yg meng­akibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ram] | کارم

Definisi : 1 masuk atau terbenam dlm air (bkn kapal, perahu dll); tenggelam: Dua buah kapal musuh ~ di Teluk Siam. 2 terendam atau tenggelam dlm air; digenangi air: Apabila hujan turun dgn lebatnya, banyaklah kampung di situ yg ~. mengaramkan menjadikan (perahu dll) karam; menenggelamkan. kekaraman 1 mengalami bencana karam. 2 perihal karam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karam (kata kerja)
Bersinonim dengan tenggelam, kelebu, dimasuki air, digenangi air;,
Kata Terbitan : mengaramkan,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Karam berdua basah seorang.

Bermaksud :

Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
founder2vi 1. (of ship) fill with water and sink, karam: the vessel ~ed in the heavy seas, kapal itu karam di laut yg bergelora; 2. fail, gagal; (of relationship) hancur: the project ~ed for lack of funds, projek itu gagal akibat kekurangan wang; it seemed the sexual chemistry ran out and the marriage ~ed after six years, nampaknya tarikan seks telah mati dan perkahwinan itu hancur selepas enam tahun; 3. (of horse) fall, rebah: his exhausted horse ~ed and threw him, kudanya yg letih itu rebah dan dia terpelanting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sinkvi 1. be submerged a. (in water) tenggelam; (of ship, boat, etc) karam, tenggelam: the corpse sank like a stone, mayat itu tenggelam spt batu; the ship sank and all hands were lost, kapal itu karam dan semua anak kapal hilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shipwreckvt 1. a. cause to sink, menyebabkan [sst] /karam, tenggelam/; b. cause to disintegrate, menyebabkan [sst] /musnah, pecah, binasa/: the rocks that have ~ed many vessels, batu-batu yg telah menyebabkan banyak kapal musnah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
refloatvt mengapungkan semula: a new method of ~ing sunken vessels, cara baru mengapungkan semula kapal karam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
terra firman daratan: the shipwrecked sailors were glad to reach ~ again, kelasi-kelasi yg kapal mereka karam itu berasa gembira apabila sampai di daratan semula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
setafter ten days, despair ~ in among the survivors of the shipwreck, sesudah sepuluh hari, perasaan putus asa mula menguasai mangsa-mangsa kapal karam yg terselamat itu; infections can ~ in very quickly if wounds are not treated, jangkitan boleh merebak dgn cepat kalau luka tdk diubati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rescuevt menyelamatkan: boats were sent out to ~ passengers from the sinking ship, bot-bot telah dihantar utk menyelamatkan penumpang-penumpang dr kapal yg karam itu; the new management ~d the business from bankruptcy, pihak pengurusan yg baru telah menyelamatkan perniagaan itu drpd bankrap; he ~d me from a difficult situation, dia menyelamatkan saya drpd situasi yg sukar itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appearanceb. (slowly) kelihatan: the castaways’ hopes were raised by the ~ of a ship on the horizon, harapan orang-orang yg kapalnya telah karam itu semakin meningkat apabila sebuah kapal kelihatan di ufuk; 2. occurrence, coming into existence, [various translations]: the ~ of tyranny again and again throughout history, wujudnya kezaliman yg berulang-ulang sepanjang sejarah; the ~ of political bias in his writings, terdapat sikap politik yg berat sebelah dlm tulisan-tulisannya; the first ~ of the word in English,munculnya kata itu utk kali pertama dlm bahasa Inggeris;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snag 2. sharp projection, approp n + yg tajam: the boat hit a ~ and immediately started to sink, bot itu terlanggar benda tajam dan terus karam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
locationn 1. particular place, site, lokasi, tempat: no one knows the exact ~ of the sunken treasure, tiada siapa yg tahu lokasi harta karam itu dgn tepat; 2. act or process of locating, /mengesan, mencari/ (approp n): his job involves the ~ of missing persons, tugasnya melibatkan kerja-kerja mencari orang yg hilang; the ~ of the star was not possible by using ordinary binoculars, mengesan kedudukan bintang dgn menggunakan binokular biasa adalah tdk mungkin; 3. place outside studio where (part of) a picture is filmed, lokasi: most of the scenes were shot on ~ in Paris, penggambaran kebanyakan adegan itu dibuat di lokasi di Paris.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas