Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bon] | کربون

Definisi : (Kim) sj unsur bukan logam yg wujud semula jadi dlm bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dll; ~ dioksida sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat se­banyak 0.03% dlm atmosfera); ~ monoksida sj gas yg tidak berwarna dan sangat beracun; ~ teraktif bentuk karbon yg berupaya menye­rap gas, wap, atau pepejal koloid dgn banyak­nya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang; ~ tetraklorida cecair yg tidak berwarna, beracun, dan digunakan sbg pelarut dll; kertas ~ kertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip); mengkarbonkan 1. menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, proses kimia dsb; 2. menyalut sesuatu dgn karbon; pengkarbonan proses mengkarbonkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.bon] | کربون

Definisi : ist unsur bukan logam yg terdapat dlm semua sebatian organik. ~ dioksida gas tidak berwarna dan tidak berbau yg terhasil drpd pembakaran bahan yg mengandungi karbon, mis arang batu, atau terhasil drpd tindak balas asid terhadap karbonat. Gas ini keluar dr paru-paru ketika kita menghembuskan nafas. Gas ini digunakan dlm alat pemadam api, sbg bahan penyejuk beku dll. ~ monoksida gas beracun yg terhasil apabila karbon dibakar (terdapat dlm gas yg keluar dr ekzos enjin petrol). ~ tetraklorida ist cecair tidak berwarna, mudah meruap dan beracun, digunakan sbg pelarut, bahan campuran penyejuk beku dll. mengkarbonkan 1 menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, pemanasan dsb. 2 menyalut sesuatu dgn karbon. pengkarbonan proses mengkarbonkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kar.bon] | کربون

Definisi : ist cecair tidak berwarna, mudah meruap dan beracun, digunakan sbg pelarut, bahan campuran penyejuk beku dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kar.bon] | کربون

Definisi : gas beracun yg terhasil apabila karbon dibakar (terdapat dlm gas yg keluar dr ekzos enjin petrol). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hexadieneheksadienaKimiaTiadaHidrokarbon yang rantainya mengandung enam atom karbon dan terdapat dua ikatan berganda karbon-karbon pada rantai tersebut.
hydrogenationpenghidrogenanFarmasiTiadaTindak balas yang suatu bahan tindak balas diturunkan secara bermangkin dengan penambahan molekul hidrogen kepada kumpulan yang mudah diturunkan seperti ikatan ganda dua karbon-karbon, ikatan ganda dua karbon-oksigen dan ikatan ganda dua karbon-nitrogen bagi imina.
ethylenic hydrocarbonhidrokarbon etilenikKimiaTiadaHidrokarbon yang mengandungi ikatan ganda tiga karbon-karbon pada hujung rantainya.
inorganic carbon key pollutantspencemar utama karbon tak organikKejuruteraanKejuruteraan KimiaPencemar tak organik yang terkandung di dalamnya unsur karbon. Misalnya, karbon dioksida (CO2) dan karbon monoksida (CO). Pencemar karbon dioksida berpunca daripada sebarang proses pembakaran yang tidak lengkap.
unsaturated compoundsebatian tak tepuKimiaTiadaSebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Misalnya, etuna, C2H4. Bdg. sebatian tepu.
aldol condensationkondensasi aldolHerbaFitokimiaProses penggandingan yang berlaku antara kumpulan metilena aktif (-CO-CH2-CO-) dengan kumpulan karbonil untuk menghasilkan ikatan karbon-karbon tak tepu. Proses ini biasanya berlaku dalam sebatian poliketida secara intramolekul yang menghasilkan sebatian gelang. Kebanyakan sebatian aromatik dalam tumbuhan terhasil daripada proses ini.
Boudart reactiontindak balas BoudartKejuruteraanKejuruteraan KimiaTindak balas antara karbon dengan karbon dioksida untuk menghasilkan karbon monoksida secara berbalik menurut C + CO2 < === > 2CO. Tindak balas ini bersifat endotermik dengan 167.9 Megajoules haba tindak balas diserap.
autotrophautotrofKimiaBiokimiaSel atau organisma yang hanya menggunakan karbon dioksida sebagai sumber karbon. Semua biomolekul yang mengandungi karbon disintesiskan daripada karbon dioksida dan molekul-molekul tak organik kecil yang lain.
activated carbonkarbon teraktifKimiaTiadaBentuk karbon amorfus yang brupaya menyerap gas, wap, atau pepejal koloid dengan banyaknya kerana struktur dalaman karbon ini mempunyai banyak liang. Karbon teraktif dihasilkan secara pemanasan bahan berkarbon, seperti kulit kerang atau tulang, pada suhu 800- 900oC bersama stim atau karbon dioksida. Karbon teraktif digunakan sebagai bahan penyahwarna, penyerap gas beracun, dan digunakan dalam penulenan gas asli.
carbon blackkarbon hitamKimiaTiada1. Karbon hitam: Karbon tulen dalam bentuk yang sangat halus, dan disediakan melalui pembakaran tak lengkap atau secara penguraian terma gas asli.
12345678910...

Kembali ke atas