Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat se­banyak 0.03% dlm atmosfera); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gas tidak berwarna dan tidak berbau yg terhasil drpd pembakaran bahan yg mengandungi karbon, mis arang batu, atau terhasil drpd tindak balas asid terhadap karbonat. Gas ini keluar dr paru-paru ketika kita menghembuskan nafas. Gas ini digunakan dlm alat pemadam api, sbg bahan penyejuk beku dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbon dioksida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alveolar carbon dioxide partial pressure (PACO₂)tekanan separa karbon dioksida alveolus (PACO₂)PerubatanTiadaTekanan yang berlaku apabila karbon dioksida dalam darah meresap masuk ke dalam alveolus. Resapan karbon dioksida ke dalam alveolus ditentukan oleh gradien tekanan separa karbon dioksida dalam darah dan alveolus.
carbon dioxide embolismembolisme karbon dioksidaPerubatanTiadaGelembung gas karbon dioksida dalam darah. Gelembung ini boleh berlaku semasa prosedur pembedahan laparoskopik menggunakan gas karbon dioksida yang disalurkan ke dalam rongga peritoneum. Gelembung ini berlaku sekiranya terdapat kebocoran pada saluran darah vena.
carbon dioxide response curveslengkung gerak balas karbon dioksidaPerubatanTiadaGraf lengkungan yang menunjukkan respons ventilasi minit terhadap tekanan separa atau tegangan gas karbon dioksida dalam darah. Tekanan separa karbon dioksida yang tinggi menyebabkan ventilasi minit meningkat.
smogasbutKimiaTiadaKabut yang mengandungi bahan pencemar daripada industri seperti asap, sulfur dioksida, karbon dioksida, karbon monoksida, dan asid sulfurik.
biological pumppam biologiSains MarinTiadaProses pemencilan atau pengasingan karbon (karbon dioksida) secara biologi daripada atmosfera ke dalam sistem lautan. Pam biologi merupakan proses utama dalam kitaran karbon global, dan penting dalam pengawal aturan karbon dioksida atmosfera. Pam biologi melibatkan tiga fasa utama, iaitu penetapan karbon oleh organisma autotrof melalui fotosintesis, pengumpulan karbon ke dalam sedimen apabila organisma mati dan seterusnya mineralisasi semula karbon di dalam sedimen untuk digunakan dalam penghasilan primer lautan. Karbon yang tidak dimineralisasi semula, kekal dalam sedimen dan komponen ini penting dalam merendahkan jumlah karbon dioksida di atmosfera.
carbon sequestrationsekuestrasi karbonPertanianAgroteknologiProses mengikat karbon dioksida dari udara untuk mengurangkan gas rumah hijau akibat pemanasan global. Kebanyakan proses ini dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis yang menyebabkan karbon dioksida diikat bersama-sama air untuk menjadi karbohidrat. Selagi tumbuhan ini tidak dimusnahkan, karbon dioksida ini akan terus berada dalam bentuk karbohidrat. Ini bermakna untuk mengurangkan pemanasan global, kawasan yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan perlu dikekalkan atau ditambah. Sebaliknya, aktiviti menebang dan membakar hutan akan membebaskan karbon dioksida dan meningkatkan kandungan gas rumah hijau serta memburukkan lagi pemanasan global.
lime waterair kapurKimiaTiadaLarutan akueus kalsium hidroksida yang jernih, beralkali, tidak mempunyai bau dan biasanya digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila karbon dioksida dilalukan ke dalam larutan ini, keladak putih kalsium karbonat terbentu, dan jika lebih banyak karbon dioksida dilalukan, keladak putih itu akan hilang dengan terbentuknya kalsium hidrogen karbonat yang larut di dalam air.
capnographykapnografiPerubatanTiadaPengukuran kepekatan atau ketegangan dan pemaparan gelombang karbon dioksida berterusan. Karbon dioksida akhir-tidal dipaparkan semasa pembiusan umum.
CO2 enrichmentpengayaan karbon dioksidaBotaniTiadaTeknik peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam sistem tanaman persekitaran terkawal yang bertujuan untuk meningkatkan proses fotosintesis tanaman.
carbon cyclekitar karbonBiologiEkologiKitar biologi yang melibatkan pengambilan dan pengikatan karbon dioksida atmosfera oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis, dan berbagai-bagai fenomenon selanjutnya yang membolehkan karbon dioksida tersebut terbebas semula ke udara. Semasa kitaran ini, tumbuhan menukarkan karbon dioksida bebas menjadi sebatian organik kompleks untuk pembentukan tisunya. Apabila tumbuhan dimakan oleh herbivor, sebatian organik tersebut bergabung dengan bahan metabolisme herbivor berkenaan, dan penggabungan yang serupa juga berlaku apabila karnivor memakan herbivor. Karbo dioksida dihasilkan semasa respirasi tumbuhan dan haiwan, dan juga semasa proses pereputan tisu organisma mati oleh bakteria. Pembakaran bahan api, seperti arang juga membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.
12345678910...

Kembali ke atas