Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ri] | کاري

Definisi : gulai daging, ikan, dll yg dimasak dgn rempah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ri] | کاري

Definisi : Jw ark baki, sisa, tinggalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ri] | کاري

Definisi : gulai berempah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kari

Puisi
 

Buah berangan dimasak kari,
     Mari masak bersama lada;
Sapu tangan campak ke mari,
     Untuk menyapu air mata.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang berjamu lauknya kari, Nasi ditanak di pangkal sena; Orang berilmu bijak bistari, Bukanlah layak orang yang hina.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata.
Kurik Kundi Merah SagaCekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti.
Kurik Kundi Merah SagaKalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri.
Kurik Kundi Merah SagaRebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan gatih basikal, Buah berangan dimasak kari; Kalau tuan kasih kekal, Sapu tangan campak ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada selasih dani, Ubi keledek masak kari; Kalau tuan ingatkan kami, Kain batik beri ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada selasih dani, Ikan cuka masak kari; Kalau ada kasih kami, Sapu tangan sampai ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan gatih basikal, Buah berangan dimasak kari; Kalau tuan kasih kekal, Sapu tangan campak ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada selasih dani, Ubi keledek masak kari; Kalau tuan ingatkan kami, Kain batik beri ke mari.
12

Kembali ke atas