Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rier] | کاريئر

Definisi : kerja atau profesion yg menjadi kegiat­an berpanjangan seseorang dlm hidupnya, kerjaya: bidang penterjemahan itu sendiri dapat dijadikan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karier


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEIR, GOLDA

Meir, Golda (1898–1978), Perdana Menteri Israel

dari tahun 1969 hingga tahun 1974. Selama karier

politiknya itu, dia menyokong perpindahan

penduduk secara beramai-ramai

ke Israel dan

program pembinaan

perumahan yang utama

serta program lain.

Masalah utamanya sebagai

perdana menteri ialah

perselisihan wilayah antara

Israel dengan beberapa

buah negara Arab. Golda

Meir menjalankan dasar

yang tegas tetapi polisi

terbuka terhadap negara-negara Arab.

UMUM 
SOH CHIN AUN

Soh Chin Aun (1950– ), pemain bola sepak

Malaysia pada tahun 1970-an hingga awal tahun

1980-an. Dia lahir pada tahun 1950 di Melaka. Chin

Aun memulakan karier bersama Melaka pada

tahun 1968 sebelum berhijrah ke Selangor. Di

Selangor, pada permulaan kariernya dia mewakili

kelab PKNS dalam liga Selangor, dan

kemudiannya mewakili kelab MCIS. Pada tahun

1970, dia mewakili negeri Selangor dalam

kejohanan Piala Malaysia.

UMUM 

Kembali ke atas