Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kerosakan atau kereputan gigi yg disebabkan oleh sj bakteria yg khususnya melekat pd gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karies gigi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dental carieskaries gigiKejuruteraanTiadaTiada
anticariesantikariesPerubatanTiadaBahan yang dapat mencegah kerosakan atau karies gigi.
fluoridationpemfluoridaanPerubatanTiadaPenambahan fluorida ke dalam takungan air awam untuk mencegah atau mengurangkan kekerapan karies gigi.
non-mechanical caries removalpembuangan karies bukan mekanikPergigianTiadaProsedur membuang karies gigi tanpa menggunakan peralatan seperti bur dan alat tangan. Dalam prosedur ini, bahan kimia digunakan untuk melarutkan tisu yang berkaries. Bahan kimia disapu pada kawasan yang berkaries untuk seketika bagi tindak balas berlaku sebelum dibersihkan dan meninggalkan tisu yang sihat.
fluoridationpemfluoridaanKimiaTiadaPenambahan garam fluorin, lazimnya natrium fluorida, ke dalam bekalan air minuman awam dengan tujuan untuk mengurangkan kejadian karies gigi, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Kadar penggunaan fluorida yang berkesan di bawah takat toksik ialah satu bahagian fluorida per satu juta bahagian air.
dental carieskaries gigiGerontologiTiadaKerosakan gigi akibat asid yang terhasil daripada tindakan mikroorganisma terhadap bahan makanan di celah gigi.
dental carieskaries gigiPerubatanTiadaKerosakan pada gigi akibat asid yang terhasil daripada tindakan mikroorganisma terhadap bahan makanan di celah-celah gigi.
gross carieskaries grosPergigianTiadaKaries gigi yang besar serta dalam dan mungkin melibatkan pulpa. Dalam penyediaan kaviti bagi gigi yang mempunyai karies gros ini, langkah berjaga-jaga harus diambil dengan memasang empangan getah supaya jika terdapat pendedahan pulpa, kaviti tidak akan tercemar.
fluoridefluoridaPerubatanTiadaSebatian fluorin, dan penyatuan ion-ionnya dalam enamel gigi akan membuat enamel lebih tahan menentang karies gigi.
fluoridefluoridaKimiaTiadaSebatian fluorin, dan penyatuan ion-ionnya dalam enamel gigi akan membuat enamel lebih tahan menentang karies gigi.
123456789

Kembali ke atas