Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.ya] | کاريا

Definisi : 1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ eceran karya yg diterbitkan secara satu­-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku); berkarya menghasilkan karya (tulisan, cip­taan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~; perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkaryaan penghasilan karya, pencip­taan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkarya orang yg berkarya atau meng­hasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.ya] | کاريا

Definisi : hasil kesenian dll; ciptaan: ~ seni lukis. berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): Beliau ~ utk mengisi masa lapangnya. pengkaryaan perihal atau perbuatan menghasilkan karya; penciptaan (sesuatu karya): Kumpulan penulis itu agak kurang cergas dlm soal ~. pengkarya orang yg berkarya. karyawan orang yg banyak menghasilkan karya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasihBerhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam.Lain-lain15.03.2009
Bolehkan kita mengguna "indah" untuk menyifatkan kesenian karya-karya seseorang? Misalnya, kesenian karya-karya Usman Awang yang indah?Boleh digunakan perkataan "indah" bagi karya kerana ia bermaksud "elok" dan "bagus benar".Lain-lain05.03.2007
Bagaimanakah karya-karya kreatif yang berkualiti dalam bahasa melayu mampu memartabatkan bahasa melayu?Pemartabatan bahasa Melayu melalui karya kreatif telah bermula pada kurun ke-15. Pada masa itu, karya-karya kreatif klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-lain telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan tinggi di Kepulauan Melayu. Dalam konteks masa kini, karya-karya kreatif sastera seperti puisi, cerpen, novel, pantun, seloka, gurindam, dan lain-lain menjadi wahana bagi menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penghayatan bahasa Melayu melalui karya kreatif ini secara tidak langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa budaya tinggi.Lain-lain06.05.2010
saya berminat untuk menghantar karya-karya saya kepada DBP.soalan saya,apakah syarat yang ditetapkan oleh DBP untuk saya menghantar karya-karya itu?berapa muka surat dan sebagainya.

Bagi karya yang berbentuk rencana, jumlah halaman antara 6-7 halaman bertaip dua langkau saiz A4, ditulis dalam bahasa Melayu, karya asli, dan tidak pernah terbit dalam mana-mana media.

 

 

Lain-lain03.04.2010
Jubillah Loinsu dari Penampang, sabah. Nak tanya 2 soalan kepada DBP. 1. Adakah DBP menerima karya-karya dalam bahasa lain untuk di terbitkan. Contohnya, karya-karya dalam bahasa kadazandusun. Ini kerana pada masa sekarang, sekolah-sekolah di Sabah khususnya menggunakan bahasa ini sebagai salah satu subjek di sekolah rendah dan sekolah menengah. Tambahan pula, penerbit buku dalam bahasa Kadazandusun ini tidak banyak. Untuk pengetahuan pihak DBP, saya sangat minat menulis terutama sekali dalam bahasa kadazandusun tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan minat saya ini supaya memberikan manafaat kepada masyarakat.Jadi, apakah cadangan pihak DBp terhadap saya? 2. Bolehkah pihak DBP memberi maklumat kepada saya sekiranya ada program yang berkaitan dengan penulisan bahasa-bahasa ibunda terutamanya di negeri Sabah? contohnya, pertandingan menulis cerita rakyat,rencana dan sebagainya. Terima Kasih.

1) Pihak kami hanya menerima karya dalam bahasa melayu, Puan boleh menterjemahkan karya tersebut ke dalam bahasa Melayu

2) Puan boleh menyertai peraduan menulis cerita rakyat anjuran DBP Cawangan Sabah, dan untuk esei budaya, puan boleh menghubungi Editor Majalah Etnik, DBP Cawangan Sabah. 088-439260, Encik Abdul Nassir Mohd Said.

Lain-lain18.03.2009
Cikgu Dewan, saya berharap agar dapat membaca karya-karya Nik Safiah Karim. Di manakah karya beliau dijual? Adakah stok masih ada pada kini? Kerana tulisan-tulisannya biasa diterbitkan pada sekitar tahun 2005 dan 2006, jadi saya tidak tahu masih ada stokkah atau tidak.Pertama, tuan hendaklah mendapatkan senarai karya-karya YBhg. Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang ingin dibaca. Kedua, tuan bolehlah menghubungi atau datang sendiri ke Kedai Buku Koperasi DBP untuk menyemak senarai tersebut. Pilihan lain, tuan juga boleh mengunjungi perpustakaan DBP, iaitu Pusat Persuratan Melayu DBP bagi menyemak senarai tersebut.Lain-lain16.07.2014
Bagaimanakah cara untuk menghantar karya-karya dan karya yang macam manakah sesuai untuk dihantar?Salam puan budiman,

PENGHANTARAN MANSUKRIP

Sebarang permohonan manuskrip dari luar seperti novel/cerpen/puisi dan lain-lain bolehlah dihantar ke:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  1. Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  2. Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
Sekian terima kasih.
Lain-lain11.02.2020
bagaimanakah saya ingin menghantar karya karya saya? dan boleh tak berikan alamat nya sekali... saya budak baru belajar / jadi tolang beri tunjuk ajarSaudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk karya dewasa.  Jika karya saudara untuk bacaan kanak-kanak dan remaja, hantarkan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.  Sekiranya karya saudara merupakan karya ilmiah, saudara bolehlah menghantar karya saudara kepada Pengarah Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain08.10.2009
salam. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbezaan diantara sastera komersial,karya serius,karya popular dan karya picisan. bolehkah karya serius,karya popular dan karya picisan dikaitkan dengan sastera komersial? bagaimana perkara ini berlaku? terima kasih
Menjawab persoalan tersebut, sila rujuk buku  "Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya"Shahnon AhmadDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1994

 

 

Lain-lain08.01.2009
Saya ingin mengetahui ciri - ciri sebuah sastera yang baik.Sebuah sastera yang baik, sila baca: 1. Karya sasterawan negara kerana karya-karya tersebut telah dianggap bermutu oleh ahli panel penilai. 2. Karya yang menang hadiah kerana karya tersebut telah melalui proses penilaian. 3. Karya dalam majalah kerana semua karya tersebut telah melalui proses penyuntingan oleh editor.Lain-lain22.11.2007
12345678910...

Kembali ke atas