Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.ya] | کاريا

Definisi : 1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ eceran karya yg diterbitkan secara satu­-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku); berkarya menghasilkan karya (tulisan, cip­taan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~; perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkaryaan penghasilan karya, pencip­taan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkarya orang yg berkarya atau meng­hasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.ya] | کاريا

Definisi : hasil kesenian dll; ciptaan: ~ seni lukis. berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): Beliau ~ utk mengisi masa lapangnya. pengkaryaan perihal atau perbuatan menghasilkan karya; penciptaan (sesuatu karya): Kumpulan penulis itu agak kurang cergas dlm soal ~. pengkarya orang yg berkarya. karyawan orang yg banyak menghasilkan karya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
censorshippenapisanKesusasteraanTiadaPemeriksaan yang dilakukan oleh pihak tertentu ke atas karya-karya seperti filem, buku dan sebagainya bagi memastikan karya-karya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur lucah, keganasan, fahaman yang bertentangan dengan amalan negara, isu sensitif dan sebagainya.
narrateenaratiKesusasteraanTiadaSeseorang yang menjadi tumpuan pencerita dalam sesebuah karya. Karya mungkin mengandungi seorang narati atau beberapa orang narati yang dinyatakan dengan jelas dalam karya. Bagi sesetengah karya, narati berperanan selaku watak atau watak-watak dalam karya. Contohnya, dalam karya Joseph Conrad bertajuk Heart of Darkness, watak yang mendengar pengisahan oleh Marlow ialah narati kepada kisah yang diceritakannya. Narati merupakan seseorang atau watak yang hanya wujud dalam karya dan berbeza dengan khalayak pembaca atau khalayak yang sebenar.
monologicmonologikKesusasteraanTiadaPerihal menggunakan suara penulis dalam sesebuah karya. Karya monologik ialah karya yang menggunakan satu suara, iaitu suara penulis yang mengongkong suara setiap watak. Konsep ini diperkenalkan oleh pengkritik Rusia, iaitu Mikhail Bakhtin yang menggunakan novel karya Tolstoy bertajuk War and Peace sebagai contoh karya monologik. Dalam karya ini, Tolstoy banyak mengawal pertuturan watak-wataknya.
fictitious characterwatak rekaanKesusasteraanTiadaWatak dalam karya cereka atau karya-karya sastera lainnya.
contemporary artcitra kontemporariKesenianTiada1. Karya-karya yang dihasilkan dalam zaman yang sama.,2. Karya seni masa kini.
acquisition of art worksperolehan karyaKesenianTiadaProses mengumpul karya-karya seni.
classicklasikKesusasteraanTiada1. Berkaitan dengan karya-karya kesusasteraan yang menurut persetujuan bersama merupakan hasil yang dianggap paling baik, bermutu dan diakui keunggulannya dalam sejarah kesusasteraan.
collected editionedisi kumpulanPerpustakaanTiadaEdisi karya-karya pengarang yang diterbitkan dalam satu jilid atau beberapa jilid yang terhasil dalam bentuk jilidan yang serupa.
bibliographical descriptionhuraian bibliografiPerpustakaanTiadaPemerian tentang karya-karya yang diterbitkan dengan memberi maklumat berhubung dengan pengarang, editor, penterjemah, pelukis, ilustrasi, penyusun, edisi judul, tarikh, dan butiran penerbitan seperti tempat diterbitkan, nama penerbit, pencetak, format dan sebagainya.
art exhibitionpameran seniKesenianTiadaPerihal mempamerkan karya-karya seni kepada orang ramai.
12345678910...

Kembali ke atas