Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sa] | کاس

Definisi : ; kain ~ kain yg halus dan jarang tenun­annya: kelambu biasanya dibuat drpd kain ~; ~ dawai = kawat ~ Id jaringan dawai yg halus-halus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pd pintu almari makanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sa] | کاس

Definisi : ark sl angkasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sa] | کاس

Definisi : Id tempat membayar (menerima) wang; ®kas I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sa] | کاس

Definisi : , = kain ~ sj kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dll). dawai ~ kepingan jaring drpd dawai yg halus anyamannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kasa

Puisi
 

Kain kasa berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda di negeri Keling;
Hati berdebar rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kain kasah di atas duri.

Bermaksud :

Dalam sikratulmaut. kasah (kasa) = kain putih yang halus.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Sarina Kasa sedang belajar bahasa melayu dasar di pusat bahasa antarabangsa ,UIY,Thailand., ingin bertanya DBP, berapakah bilangan huruf Hijaan edisi jawi, mengikut dewan bahasa. terima kasih.Untuk makluman puan, sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pedoman Ejaan Jawi yang digunakan kini sila dapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi terkini.Ejaan07.11.2013
Adakah perkataan kaus ada dalam penggunaan bahasa melayu? Kaus itu merujuk kepada penggunaan bahasa sehari- hari atau rasmi?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kaus merupakan perkataan sastera lama bagi perkataan kasut, sepatu: ini surat dari bawah ~ Raja Langit datang kepada Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yang jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju daripada kain yang jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sejenis kain kasa yang dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yang pendek lengannya.Tatabahasa05.10.2014
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memaju­kan ~ antara negara-negara yang sedang maju;


Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial .
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016

Kembali ke atas