kasa dawai | Id jaringan dawai yg halus-halus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pd pintu almari makanan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyadur | 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sadur | lapisan (salutan) logam yg nipis pd logam lain, sepuh;~ elektrik sadur yg dibuat dgn elektrik; ~ timah sadur drpd timah; sbg ~ menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya; bersadur bersalut atau berlapis (logam); menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; saduran 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; penyaduran perbuatan menyadur; penyadur 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll): sering kali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd naskhah asalnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dawai kasa | kepingan jaring drpd dawai yg halus anyamannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasa | , = kain ~ sj kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dll). dawai ~ kepingan jaring drpd dawai yg halus anyamannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasa I | ; kain ~ kain yg halus dan jarang tenunannya: kelambu biasanya dibuat drpd kain ~; ~ dawai = kawat ~ Id jaringan dawai yg halus-halus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pd pintu almari makanan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawat kasa | Id jaringan dawai yg halus-halus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pd pintu almari makanan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasa | = kain ~ sj kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dll). dawai ~ kepingan jaring drpd dawai yg halus anyamannya. | Kamus Pelajar |
kawat I | 1. tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll), dawai: karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga; 2. = berita ~ = khabar ~ = surat ~ telegram: besoknya Pak Wir telah mengirim ~ kpd menantunya; mengetuk ~ = memukul ~ = menokok ~ Id mengirim berita dll dgn telegram; ~ (ber)duri kawat (dawai) yg berduri atau berkait-kait tajam (digunakan utk membuat pagar dll); ~ jaring = ~ kasa kawat yg dianyam halus-halus; ~ mata punai kawat yg dianyam dgn mata atau lubang-lubang yg besar (digunakan utk membuat reban atau kurungan ayam dll); ~ penahan kawat yg mengurangkan aliran karan elektrik; sungguh ~ yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri; mengawatkan mengirim berita dll dgn telegram: pd hari itu juga, dikawatkan hal yg mencemaskan itu ke India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |