Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Peribahasa

Kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta,
kasih ibu sama rata,
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa.Pantun Melayu SarawakBergendang
Sebut budak bapa budak, Pandir datang tumpang bermalam; Ribut tidak angin pun tidak, Air berkocak di dalam kolam.Pantun Melayu SarawakKasih
Telur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pak Salleh membuat rebana, Ambil kayu dari bukit; Jika kekasih papa kedana, Bapa tak pandang barang sedikit.Pantun Melayu SarawakKasih
Lenggang-lenggang si kuih lenggang, Lenggang sedikit dalam kuali; Emak melarang bapa melarang, Larang sedikit tidak peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang keladi ditimpa ciku, Gula empoyang ditimpa selasih; Selasih ditolak tinggal dahari, Sudah menjadi untung nasibku, Bapa tak sayang ibu tak kasih, Kakasih pula melari diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Puput manis jalan di luput, Uput menari di tiga tapak; Hitam manis jangan direbut, Dia tak diberi ibu dan bapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas