Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Peribahasa

Kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta,
kasih ibu sama rata,
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas