Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Baik-baik belayar rakit,
     Tali biar panjang sama;
Kasih sayang bukan sedikit,
     Kalau boleh mati bersama.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang).

Bermaksud :

Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DBP, berikut yang manakah adalah betul? (a) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak daripada memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (b) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang. (c) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi bukan kasih sayang. (d) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anan-anak dan sebaliknya tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (e) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. Jika jawapannya lebih daripada satu, sila beritahu saya. Jika kesemuanya salah, sila bantu saya membetulkan ayat. Sekian.Ayat yang betul ialah , Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.Tatabahasa28.04.2011
Kasih sayang Aiman _______________ ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Apakah kata sendi nama yang sesuai?Kasih sayang Aiman kepada/akan/terhadap ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk pada skema jawapan yang disediakan atau pihak penyedia soalan.Tatabahasa17.08.2018
Salam sejahtera..saya ingin bertanya berkaitan dengan ayat ini . Kami dilimpahi kasih sayang. Boleh saya tahu ayat ini ialah ayat aktif atau ayat pasif.Kami dilimpahi kasih sayang ialah ayat pasif.Tatabahasa09.01.2019
kasih sayang ibu adalah tiada batasan ayat tersebut betul atau salah? terima kasihAyat yang betul:  Kasih sayang ibu tiada batasan.Tatabahasa18.11.2018
Cikgu, jika perkataan "keluarga" ialah objek abstrak yang tidak mempunyai bentuk fizikal yang jelas, mengapakah kita menggunakan frasa "kasih sayang terhadap keluarga" dan bukan "kasih sayang tentang keluarga"?Kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan sama ada manusia, haiwan atau benda, dan keluarga ialah manusia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 281.Tatabahasa13.05.2014
1. Dia pahit akan kemesraan dan kasih sayang seorang ayah. Adakah kegunaan perkataan 'pahit' dalam ayat ini betul. Jika salah apakah perkataan yang lebih sesuai. sekiranya betul apakah maksud ayat ini?1. Dia pahit akan kemesraan dan kasih sayang seorang ayah. - perkataan pahit tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, antara perkataan lain yang lebih sesuai ialah dahaga (sangat ingin akan sesuatu).Tatabahasa07.12.2009
Kisah dua kembar seiras dan kasih sayang adalah segala-galanya. Betul atau tidak ayat ini? Terima kasihKisah dua kembar seiras dan kasih sayang ialah segala-galanya.Tatabahasa03.05.2013
kasih sayang terhadap isterinya semakin keringsemakin berkurang/lenyapTatabahasa08.05.2007
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1) Kita hendaklah menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab. 2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Ayat yang betul ialah seperti yang berikut:


1) Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.


2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.
Tatabahasa03.04.2015
Betulkah ayat pasif di bawah. Kaucurahkan kasih sayang kepadaku.Ayat pasif tersebut betul.Tatabahasa27.08.2009
12345678

Kembali ke atas