Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menangiskan gajah berusung.

Bermaksud :

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RENOIR, JEAN

Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem

Perancis. Filemnya banyak mendedahkan

kelemahan manusia dan mencemuh sikap

masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga

menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan

kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36

buah filem termasuk dua buah filem yang paling

digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand

Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan

The Rules of the Game (1939) menyindir

perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada

sebuah parti hujung minggu.

UMUM 
MAHAVIRA

Mahavira (599?–527? S.M.) ialah guru agama

Jainisme. Dia tinggal di India. Para pengikutnya

percaya bahawa dia ialah anggota ke-24 daripada

jurai guru yang agung. Mahavira menganjurkan

sikap tidak berkeras dan mendesak para

pengikutnya menunjukkan belas kasihan kepada

semua makhluk, dan menjadi vegetarian supaya

haiwan tidak dibunuh untuk makanan.

UMUM 
NEOPTOLEMUS

Neoptolemus ialah wira Yunani semasa Perang

Trojan. Dia juga dikenali sebagai Pyrrhus. Bapanya

ialah wira Yunani bernama Archilles. Selepas

kematian Archilles dalam perang tersebut,

Neoptolemus membantu Yunani menewaskan

Trojan. Ketika orang Yunani menawan Troy,

Neoptolemus membunuh raja Trojan, iaitu Priam

yang sudah tua tanpa belas kasihan.

UMUM 
ARACHNE

Arachne ialah seorang penenun yang mahir

dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar

bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik

daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan

kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne

untuk menyertai pertandingan menenun. Athena

menenun dewangga yang menggambarkan

manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan

mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan

tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena

melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun

mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba

menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu

menukarkannya menjadi seekor lelabah.

Kemahiran Arachne masih bertahan dalam

memintal sarang oleh lelabah.

UMUM 
NIOBE

Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang

terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas

kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja

Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin

dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah

mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak

lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak

perempuan yang cantik-cantik, dia berhak

dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya

mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis.

Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis

membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah.

Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian

anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan

dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi

batu yang mengeluarkan air seperti air mata.

Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di

bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang

kini ialah Turki.

UMUM 

Kembali ke atas