Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menangiskan gajah berusung.

Bermaksud :

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
komponen yang diambil secara berasingan. (KIM) euthanasia (eutanasia) 1. Perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi, iaitu penyakit terminal. Perbuatan ini di- lakukan atas belas kasihan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab tersebut. 2. Kematian yang senang dan tanpa kesakitan. (UBAT) euthyroid (eutiroid) Berkaitan dengan fungsi normal kelenjar. (UBAT) eutocia (eutosia) Proses bersalin yang normal

Kembali ke atas