Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kas.ta] | کستا

Definisi : 1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka; berkasta mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah; berkasta-kasta terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan; mengkastakan membahagikan kelompok manusia mengikut kasta: apakah kau cuba utk ~ pengikut kita? kekastaan perihal kasta: semangat ~ itu mempunyai pengaruh yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kas.ta] | کستا

Definisi : golongan masyarakat dlm masyarakat Hindu yg bertingkat-tingkat (Brahman, Kesateria, Waisya dan Sudra). berkasta ada kastanya; terbahagi mengikut kasta: Masyarakat ~. berkasta-kasta terbahagi kpd beberapa kasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasta (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, golongan, kumpulan, tingkatan, bahagian, kelompok, warna, warga, jenis.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Benarkah ada kasta-kasta dalam penulisan sastera kreatif kita?Normasri AdabiBerita Minggu05.08.1979
Kasta NistaM ArifBerita Minggu15.04.2007
Kasta pentadbir Istana BudayaSiti Rohayah AttanMingguan Malaysia (Sudut Sastera)06.08.2000
KastaAin AbidMingguan Tempo17.10.1993
Tiada kasta dalam sasteraRazali EndunMingguan Malaysia05.11.2006
Masyarakat Bali soroti kastaTiadaKompas11.06.1989

Kembali ke atas