Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Tolong senaraikan jenis kata bilangan. 2. Adakah kata bilangan tingkat merupakan satu jenis kata bilangan?Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
a) kata bilangan menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Tidak ada kata bilangan tingkat, termasuk dalam kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Tatabahasa03.04.2013
Salam, kata bilangan 'berbagai-bagai' termasuk dalam kata bilangan tak tentu atau kata bilangan himpunan? Sekian, terima kasih.Perkataan berbagai-bagai tergolong dalam kata bilangan tak tentu.Tatabahasa18.07.2013
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, “kesebelas-belas” itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah “kesebelasan”. Namun demikian, maksud “kesebelasan” yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah “Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, “Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu.” Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

Encik Boh,

Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan.

Tatabahasa07.06.2010
“beratus-ratus” bersifat tidak tentu kerana ia bermaksud beberapa ratus menurut kamus Dewan dan tidak mempunyai nilai yang spesifik seperti tiga ratus. Persoalannya,kenapa “beratus-ratus” dikategorikan sebagai kata bilangan himpunan dalam buku Tatabahasa Dewan dan bukan dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu?Apakah ciri yang membezakan kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu?Kata bilangan himpunan merujuk kumpulan benda dan lazimnya dalam bentuk kata ganda. Pada asalnya kata bilangan ini merupakan kata bilangan tentu seperti 100 orang dan 1000 guni beras tetapi telah mengalami penggandaan mengakibatkan ia terkeluar daripada kategori kata bilangan tentu. Walau bagaimanapun perkataan tersebut tidak boleh dikategorikan kata bilangan tak tentu kerana tidak setara dengan perkataan yang lain seperti semua, para dan banyak.Tatabahasa11.08.2020
salam..saya ingin bertanya Kata Bilangan + Kata Nama akan menghasilkan bentuk tunggal atau jamak?Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan lazimnya menghasilkan bentuk jamak, seperti ... lima buah kereta dan semua pegawai ....Tatabahasa12.01.2011
"Saya sekeluarga berkelah di tepi sungai" Apakah fungsi/kelas perkataan 'sekeluarga' dalam ayat tersebut? Daripada bentuknya, 'sekeluarga' ialah kata bilangan. Tetapi, bukankah kata bilangan mesti ditempatkan di depan Kata Nama? Fungsi kata bilangan ini nampaknya berlainan dengan kata bilangan yang lain. Bolehkah saudara/saudari menjelaskan perbezaannya. Terima kasihSekeluarga dalam konteks ayat tersebut ialah Frasa Nama (Saya Sekeluarga).Tatabahasa01.02.2017
Bersama-sama tergolong dalam golongan kata apa? Adakah Kata Bilangan Himpunan?Kata "bersama-sama" bukan tergolong dalam Kata Bilangan Himpunan.  Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.  Contoh Kata Bilangan yang membawa maksud bilangan ialah: beratus-ratus, ketiga-tida, berabad-abad.
Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkataan "sama-sama" termasuk dalam Kata Adverba penggandaan penuh.  Walau bagaimanapun kami tidak mempunyai maklumat untuk perkataan "bersama-sama"
Tatabahasa15.08.2016
saya ingin mendapat maklumat mengenai sistem waktu yang tepat dalam BM. Contohnya Pukul 2.30 pagi. Apakah pengkelasan kata bagi perkataan yan terlibat.? Adakah kata bilangan? apakah jenisnya? tentu atau tak tentu? adakah kategori lain bagi kata Bilangan BM? kalau kata bilangan PERTAMA, KEDUA, KETIGA... apakah jenis kata bilangan ini dalam BM? sekian terima kasih

Saudara,

Perkataan pukul dan pagi ialah kata nama bukan kata bilanganKata bilangan  'pertama, kedua, ketiga ...' ialah kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya dan disebut bilangan kardinal. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa10.11.2009
merujuk kepada arkib soalan No. 78:, saya ada kekeliruan: "Ramai" - kata bilangan ? kata adjektif yang menggambarkan keadaan? Sekiranya 'ramai' bukan kata bilangan, maka "ramai" orang adalah salah Terima kasihPerkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi ayat tersebut. Ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan. Contohnya i. Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Ali. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. Contohnya banyak peserta yang telah menyertai kursus itu.Lain-lain03.10.2010
Bagaimana untuk mengatasi masalah penggunaan kata bilangan yang tidak betul mengikut ayat yang hendak dibina?Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan lazimnya menghasilkan bentuk jamak, seperti ... lima buah kereta dan semua pegawai ....Oleh itu, untuk menguasai penggunaan kata bilangan rujuk buku tatabahasa atau makalah yang berkaitan serta memperbanyakkan latihan membina ayat dengan menggunakan kata bilangan.Tatabahasa04.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas