Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk membilang. Kata bilangan terbahagi kepada dua: (1) kata nombor, dan (2) kata kuantiti.

BAHASAKonsep
PENJODOH BILANGANkata yang hadir di antara kata bilangan dengan kata nama dalam sesuatu frasa nama.BAHASAKonsep
KOSA KATA

Kosa kata ialah jumlah bilangan perkataan

dalam sesuatu bahasa.

UMUM 
KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN

KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN, kamus bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang paling lengkap yang pernah diterbitkan di Malaysia. Kamus ini lengkap dari segi bilangan kata entri dan kata terbitan bahasa Inggeris, iaitu 38 000 kata entri dan diberi pengolahan kata entri yang begitu tuntas, terutamanya kata entri yang tinggi kekerapan penggunaannya.

BAHASAPenerbitan
KONJUGASI

Konjugasi ialah senarai lengkap bentuk kata

kerja mengikut modus, bilangan, orang, kala, dan

ragam. Sinopsis ialah ringkasan bentuk-bentuk ini

bagi satu orang sahaja, seperti yang ditunjukkan di

bawah bagi kata kerja show.

UMUM 
RANGKAP BEBAS

Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak

mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi.

Dalam penulisan rangkap bebas, penyair

mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola

irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan

panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan

bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan

menggunakan tempat berhenti yang ganjil di

penghujung setiap rangkap. Mereka juga

menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan

skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap

bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap

menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi

dan ulangan.

UMUM 
KAMUS PELBAGAI BAHASA

KAMUS PELBAGAI BAHASA, kamus yang mengandungi tiga bahasa atau lebih. Dengan kata lain kamus ini mempunyai kata masukan daripada satu bahasa, kemudian diberi erti, makna, padanan kata atau pengertian daripada dua atau tiga bahasa lain. Kamus jenis ini diwujudkan untuk memudahkan rujukan daripada pelbagai bahasa. Bilangan bahasa terlibat juga berbeza-beza daripada tiga kepada empat atau lima bahasa. Bahkan ada yang sampai ke jumlah lapan jenis bahasa. Kamus pelbagai bahasa biasanya mengandungi kata umum dan banyak juga kamus pelbagai bahasa yang mengandungi kata istilah untuk bidang ilmu yang tertentu.

BAHASAPenerbitan
MOORE, MARIANNE

Moore, Marianne (1887–1972), setaraf dengan

Emily Dickinson di kalangan penyair wanita

terbaik Amerika. Walaupun sesetengah puisinya

sukar untuk difahami, Moore menggarap puisinya

dengan baik sekali. Dia sering menggunakan

bentuk puisi di mana bilangan dan susunan suku

kata adalah elemen kawalan dan bukan mengikut

pola irama atau rima bercorak konvensional.

UMUM 

Kembali ke atas