Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata dua, main, buang, dia dalam satu atau dua suku kata?
Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan:     
1. dua= du-a
2. buang= bu-ang
3. dia= di-a
Tatabahasa10.09.2015
saya ingin bertanya,, adakah perkataan dua itu dieja dengan satu suku kata atau dua suku kata ? Kalau satu suku kata, kenapa? Sekian terima kasihMerujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, dua dieja sebagai [dua].

Manakala, dalam Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, mengikut penggalan suku kata, dua merupakan perkataan dalam bahasa Melayu dua suku kata, kv+v = du+a.

Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu.  Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.  Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Ejaan21.03.2014
Salam sejahtera. 1) kedua-dua ibu bapa / kedua-dua orang ibu bapa 2) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 3) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 4) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Saya nampak jawapan-jawapan yang diberikan oleh DBP tahun-tahun sebelum ini ada perbezaannya. Bolehkah tuan jelaskan kata bilangan "kedua-dua" ini, belakangnya perlukah kita letak penjodoh bilangan?

“Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua ibu bapa” atau “kedua-dua orang ibu bapa” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang ibu bapa" ialah bentuk yang lebih gramatis.



Tatabahasa30.10.2022
Berdasarkan soalan yang saya kemukakan semalam, pihak tuan tidak menjawab soalan saya. Saya bertanya tentang suku kata tetapi pihak tuan menjawab tentang ejaan. Saya mahu tahu perkataan Kaabah terdiri daripada berapa suku kata? Dua suku kata atau tiga suku kata. Bagaimanakah mahu mengenal pasti pembahagian suku kata ini bagi perkataan yang mempunyai vokal berganding. Harap pihak tuan dapat menjawab soalan saya ini. Terima kasih.Perkataan Kaabah mempunyai dua suku kata. Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Lain-lain18.12.2015
Cikgu, apakah beza maksud antara kata "lebih" dengan kata terbitan "berlebihan"? Adakah dua kata ini sama makna, dan cara pemakaian dua kata dalam ayat juga sama? Jadi, ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang lebih. 2. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang berlebihan.Lebih bermaksud melampaui had yang sepatutnya atau bertambah daripada dahulu, manakala berlebihan bermaksud terlalu atau sangat banyak. Untuk melihat lebih jelas perbezaan makna antara kedua-dua perkataan ini, sila rujuk kamus dan lihat konteks penggunaannya. Dalam Tatabahasa Dewan tidak ada peraturan imbuhan yang lebih atau imbuhan yang berlebihan, malah dari aspek binaan kata terbitan tidak ada kata membasmikan. Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa22.02.2015
Nak tanya, antara "pengongsian" dan "perkongsian" yang mana satu lebih baku? Jika dua bentuk imbuhan mempunyai kata dasar berbeza, apakah dua kata dasar tersebut? Jika dua bentuk imbuhan berbeza, boleh jelaskan perbezaan dua imbuhan tersebut?Untuk makluman tuan/puan, kata terbitan "pengongsian" dibentuk daripada kata terbitan "mengongsi", manakala kata terbitan "perkongsian" pula dibentuk daripada kata terbitan "berkongsi".Tatabahasa16.09.2022
Hi, Saya ingin bertanyakan kedua-dua kata majmuk ini : 1) bersatu padu 2) bertungkus lumus. Adakah kedua-dua ini merupakan SIMPULAN BAHASA? Terima KasihMenurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut bukan simpulan bahasa.Tatabahasa21.09.2018
1) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 2) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 3) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Bolehkah tuan bagi pencerahan lagi dalam keadaan apakah kita perlu letak penjodoh bilangan di belakang kata bilangan ini dan ada kalanya tak perlu?Dalam bahasa Melayu, lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Namun  demikian, bukan semua kata bilangan mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Dalam hal ini terdapat dua peraturan tentang penggunaan penjodoh bilangan. Kata bilangan tentu mestilah disertai oleh penjodoh bilangan contohnya "kedua-dua orang anak,  kedua-dua ekor kucing dan kedua-dua buah kereta" manakala 
kata bilangan tak tentu tidak perlu disertai oleh penjodoh bilangan.  
Tatabahasa03.11.2022
Ismail Narasantikun Aug 2nd, 11:13pm Salam hormat dari saya dua kata ini adakah betul kedua-kedua pengisytiharan perisytiharanSalam hormat, 1. Pengisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. 2. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua kata itu betul dan boleh digunakan.Lain-lain02.08.2015
1. Ada tidak buku panduan untuk menentukan golongan kata untuk kata majmuk. 2. Bagaimana cara untuk menentukan golongan kata untuk kata majmuk. 3. Apakah golongan kata untuk kata majmuk kasih sayang.

Proses pembentukan kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima penyisipan unsur  lain. Misalnya kata kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain misalnya  "yang". Sebaliknya pinggang mangkuk bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan dengan kata hubung "dan" - pinggang dan mangkuk. Perkataan  kasih sayang juga  bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan perkataan lain contohnya, kasih dan sayang. Kasih dan sayang ialah kata adjektif perasaan (rujuk halaman 91). Untuk makluman tuan terdapat juga bentuk kekecualian beberapa kata majmuk yang penggunaannya  sudah dianggap mantap dieja bercantum walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.  Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  (halaman 72-75). 

Tatabahasa27.01.2021
12345678910...

Kembali ke atas