Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ultimatumkemuktamadanSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan terakhir yang diberikan kepada seseorang atau sesuatu pihak bagi mendesak pihak tersebut memilih atau membuat satu keputusan muktamad yang tidak ada tolak ansur lagi. Kata dua ini meletakkan sesuatu pihak tersebut terhimpit dengan ruang pemilihan yang sangat terbatas. Contohnya, penyalahgunaan kuasa Presiden Amerika Syarikat, Bush yang memberi kata dua kepada Presiden Iraq Saddam Hussein untuk menghapuskan senjata pemusnah atau akan diserang. Sinonim kata dua.
ultimatumkata dua/kemuktamadanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
ultimatumkata duaSains PolitikHubungan AntarabangsaPernyataan terakhir yang mesti diterima tanpa rundingan oleh sesebuah negara. Pernyataan ini sering disusuli dengan ugutan sekiranya syarat tertentu tidak diterima oleh negara asing tersebut.
ultimatumkata duaSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kemuktamadan.
AlexandrineIskandarinaKesusasteraanTiadaSajak Perancis kuno yang terdiri daripada satu larik. Larik itu bersuku kata dua belas dengan hiatus di tengah-tengah. Pola matra ini semata-mata ditujukan kepada Iskandar Agung.
antibacchiusantibakiusKesusasteraanTiadaKaki matra yang terdiri daripada tiga suku kata, dua yang pertama ditekankan manakala suku kata yang ketiga tidak ditekankan jika rangkap puisi tersebut dinaikkan tekanannya, dua yang pertama panjang dan yang ketiga pendek jika terdiri daripada rangkap kuantiti.
introduction (speech)pengenalan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian ketiga dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kata sapaan dan bahagian kata penghormatan. Pengenalan merupakan kata-kata yang diucapkan sebagai mukadimah atau bahagian awal kandungan utama ucapan oleh seorang pengucap. Kandungan pengenalan sesuatu ucapan biasanya mengandungi kata-kata yang bertujuan untuk mendekatkan diri pengucap dengan khalayak supaya kehadirannya dapat dihberi perhatian dan mengelakkan berlakunya jurang komunikasi, serta meningkatkan kesan interaksi kedua-dua pihak. Antara kandungan pengenalan termasuklah ucapan terima kasih kerana dijemput menghadiri acara dan kerana sambutan baik khalayak. Selain itu, pengucap juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama khalayak dan turut mengiktiraf kepentingan khalayak kepada acara tersebut. Pengucap juga biasanya turut memberikan pujian kepada suasana dan persekitaran acara. Penyusunan kandungan teks dalam bahagian ini perlu diberi perhatian dan dipantau oleh eksekutif perhubungan awam.
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.
bachiusbakiusKesusasteraanTiadaKaki yang mempunyai tiga suku kata, suku kata pertama tidak menaik, dua suku kata akhir menurun, tetapi ditegaskan daripada suku kata pertama yang dinaikkan dalam matrik.
identical rhymerima kembarKesusasteraanTiadaRima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan. Suku kata pertama dan kedua-dua perkataan itu harus mendapat tekanan, diikuti dengan suku kata kedua tanpa tekanan. Contoh rima kembar dalam sistem Inggeris adalah seperti yang berikut: ... dreaming/ ... streaming ...tarry/ ...marry, ...motion/ ... motion. Rima kembar dikenali juga sebagai rima feminin. Lihat juga rima feminin.
1234567

Kembali ke atas