Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang, rerambut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa30.03.2010
dalam kata ganda, terdapat jenis kata ganda berentak. Mohon terangkan tentang perkataan yang seperti kata ganda berentak tetapi bukan kata ganda? dan jelaskan sebabnya? contohnya, asal usul bukan kata ganda berentak kerana merupakan rangkai kata. harap dapat menerangkan tentang beberapa contoh lain. sekian, terima kasih.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. "Asal usul" ialah kata ganda kerana kedua-dua kata tersebut mempunyai makna tersendiri.
Kata ganda yang boleh berdiri sendiri tidak perlu tanda sempang, iaitu perkataan "asal usul" (kerana perkataan "usul" boleah berdiri sendiri).Lain pula halnya dengan perkataan "gunung-ganang" yang perlu ada tanda sempang selepas perkataan "gunung" kerana perkataan "ganang" tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang mempunyai maksud.
Tatabahasa16.03.2013
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda?Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap.Tatabahasa07.02.2013
1)Mohon pautan untuk merujuk jenis kata ganda ( untuk memahami perbezaan jenis dan tatacara pembentukan kata ganda).. Ramai yang sukar memahami pembentukan kata ganda separa berbanding kata ganda penuh @ berimbuhan.Buat masa ini pihak kami tidak menyediakan pautan berkenaan kata ganda. Sekiranya tuan ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kata ganda, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.06.2021
saya ingin mengetahui makna: Kata ganda penuh / seluruh, Kata ganda separa, Kata ganda berirama dan Kata ganda berimbuhan. Harap dapat tolong.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna27.02.2008
Wujudkah kata ganda separa tunggal dan kata ganda separa berimbuhan bagi perkataan SALAH dan KURANG?Tidak ada kata ganda separa tunggal dan kata ganda separa berimbuhan bagi perkataan "kurang" dan  "salah"  kecuali "sekurang-kurang". Tatabahasa30.03.2022
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:

anai-anai = اناي٢ 

baik-baik = باءيق٢ 

kupu-kupu = کوڤو٢ 

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:

mudah-mudahan = موده-مودهن

zaman-berzaman = زمان-برزمان

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

(ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:

bolak-balik = بولق-باليق

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:

bersama-sama  =برساما-سام

bersuka-suka = برسوکا-سوک

semata-mata = سماتا-مات

Lain-lain14.03.2022
Selamat sejahtera cikgu. Ada satu pertanyaan yang telah lama tidak saya endahkan, iaitu persoalan yang berkaitan dengan penggunaan huruf besar dalam kata ganda apabila kata ganda berada pada permulaan ayat. Telah difahami bahawa kata ganda mempunyai dua unsur, iaitu unsur pertama, kata dasar kata ganda tersebut, dan unsur kedua, kata dasar yang telah diulangi. Jika kata ganda seperti "negeri-negeri" berada pada permulaan ayat, huruf besar patut digunakan dalam unsur yang mana, sama ada unsur pertama sahaja, iaitu "Negeri-negeri", atau kedua-dua unsur, iatiu "Negeri-Negeri"?Ejaan yang betul ialah "Negeri-negeri", hanya huruf pertama kata ganda ditulis dengan huruf besar.Ejaan05.08.2014
berdasarkan jawapan tuan tempohari, Bolehkah saya merumuskan bahawa hanya kata ganda penuh sahaja yang mempunyai tanda sempang. Manakala kata ganda bebas tidak mempunyai tanda sempang.Rumus yang betul ialah kata ganda yang tidak mempunyai tanda sempang  ialah apabila kedua-dua perkataan (dalam kata ganda) mempunyai maknanya sendiri apabila tidak digandakan seperti sampah sarap, sampah bermaksud benda yang dibuang dan sarap bermaksud pelbagai jenis sampah. Kata ganda bebas masih mempunyai tanda sempang seperti cerai-berai dan ulang-alik.Tatabahasa29.02.2012
1)Kata ganda separa bagi perkataan biru 2) kata ganda separa berimbuhan1. Tiada kata ganda separa tunggal bagi perkataan biru
2. Kebiru-biruan
Lain-lain22.06.2021
12345678910...

Kembali ke atas