Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pengesahan , Untuk pegawai kerajaan yang tiada pangkat Dtk ,Haji dan lain2 tetapi berkedudukan dalam jawatan spt Jusa A/B kata hormat yang digunakan YBerusaha Encik... atau YBerusaha Tuan.... Terima kasih.Salam sejahtera,

Kata Hormat untuk Jusa A atau B yang tiada pangkat Datuk/Haji/Lain-lain

Kata hormat yang digunakan ialah: Yang Berusaha Tuan

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain22.08.2022
kata hormat bagi yang bergelar dato' yang masih bertugas sebagi penjawat awamDato' ialah gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara). Oleh itu, gelaran tersebut boleh digunakan meskipun masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.Lain-lain30.10.2007
Apakah kata hormat bagi seseorang yang mempunyai gelaran doktor falsafah? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha untuk ditulis ketika membuat minit mesyuarat dan surat?Sapaan untuk seseorang yang gelaran doktor falsafah ialah Yang Berbahagia(YBhg.).Lain-lain05.06.2008
mohon pengesahan seperti lampiran yang disertakan. 1. perlukah penggunaan kata hormat di ruangan tandatangan perasmi. 2. Penggunaan perkataan Mantan bagi merujuk kepada bekas Datuk Bandar1. Tidak perlu. 2. Boleh digunakan.Lain-lain20.11.2015
Bagi ruangan tandatangan perasmi di plak perasmian , perlu diletakkan kata hormat YBHG.DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ atau memadai DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ?Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, pada kebiasaannya YBHG diletakkan dalam plak tersebut, seiiring dengan nama perasmi.Lain-lain23.08.2015
Salam. Adakah boleh digunakan kosa kata "hormat" selain untuk manusia? Contohnya, menghormati masa, hormat akan alam sekitar, menghormati disiplin, hormat akan tumbuhan. Terima kasih...Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, hormat ialah 1 perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kepadanya. 2 menaruh atau memberi pengharga­an terhadap seseorang: Wajib kita ~ kepada ibu dan bapa kita. 3 sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~.

Bagi masa, alam sekitar, tumbuhan, frasa yang boleh digunakan ialah menghargai iaitu menghargai masa, menghargai tumbuhan dan lain-lain yang bersesuaian.
Tatabahasa25.07.2013
Salam sejahtera. Walaupun jarang dilihat dan dianggap sedikit kaku, bolehkah kaum bukan Melayu (termasuk bukan Islam) memberikan salam dengan "Assalamualaikum" dan juga mengujar "Alhamdulillah", dan sebagainya?Menurut Kamus Dewan, memberi salam bermaksud mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb). Tiada halangan untuk mereka yang bukan beragama Islam untuk mengucapkan perkataan seperti Assalamualaikum dan Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, bagi orang Islam pula mereka boleh menjawab salam tersebut jika salam yang diucapkan itu tidak memberi makna yang salah. Berlaku sedikit perselisihan pendapat antara ulama’ dalam menentukan lafaz yang sepatutnya diucapkan ketika menjawab salam mereka. Tuan boleh merujuk permasalahan ini di laman web https://muftiwp.gov.my/ Terima kasih. 


Lain-lain15.10.2020
Assalamualaikum, Mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan: Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ seperti yang ditunjukkan pada Contoh 1, manakala surat kepada orang awam hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’. Surat yang khusus kepada Ketua Agensi yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah mendahulukan kata hormat dan gelaran kebesarannya seperti ‘YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’. Begitu juga bagi surat kepada orang awam yang mempunyai gelaran kebesaran. Contoh 2 menunjukkan contoh panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran. Di sini timbul kekeliruan, sekiranya Gelaran Ketua Agensi itu seperti ‘Datuk Bandar’, adakah panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’ sebagaimana Contoh 3. Sekian, terima kasih.Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan.
Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 
Lain-lain27.10.2016
Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat; berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan).

Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah. Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam.
Makna18.02.2013
Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ingin meminta jasa baik Tuan/Puan untuk menyenaraikan kata - kata panggilan hormat bahasa halus seperti ayahanda, ibunda, bapanda (walaupun arkaik) yang berakhir dengan -anda, -nda, -da yang terakam dalam kamus dewan. Saya mencuba carian bestari di laman PRPM tetapi gagal. Saya ucapkan ribuan terima kasih jika pihak DBP sudi membantu saya.Kata panggilan hormat yang lazim digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan ialah seperti ayahanda, ibunda, bapanda, kakanda, dinda, anakanda, bonda, nenda dan baginda.Tatabahasa21.10.2018
12345678910...

Kembali ke atas