Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) meng­hubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg fungsinya adalah utk menghubungkan dua kalimat, perkataan, rangkai kata dsb, mis kerana dan supaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
connectivekata hubung; pengaitPendidikanTiadaTiada
disjunctivepenyarakLinguistikTiada2. Disjungtif: Kata hubung, seperti atau dan tetapi yang digunakan untuk memisahkan struktur, atau struktur yang mengandungi disjugsi.
asyndetonawasendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berturutan tanpa menggunakan kata hubung, tetapi dipisahkan oleh tanda koma sahaja.
parataxisparataksisKesusasteraanPuisiProses penciptaan atau pembinaan frasa dan kalimat secara bersebelahan tanpa menggunakan kata hubung untuk menimbulkan kesan ketegasan dan kepadatan. Contohnya, puisi "Perpustakaan" karya Usman Awang. Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung akal laut bicara manusia, mutiara pendeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara
polysyndetonulang sendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berurutan dengan menggunakan kata hubung. Contohnya, puisi yang kerap menggunakan polisindeton ini ialah "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar. Sinonim polisindeton. aku ingin menyelami dasar batinmu yang tenang dan gelisah aku ingin merasai jalan fikirnn dan tindakan akal urat nadi dan salur darahmu aku ingin menyusuri sejarahmu yang panjang dan bercabang.
cantsendi kataKesusasteraanPuisiPenggunaan perkataan dalam sesebuah puisi terutama puisi moden yang tidak dapat berdiri sendiri sama ada sebagai subjek atau predikat. Penggunaan bertujuan menegaskan sesuatu makna yang hendak disampaikan. Umpamanya kata sendi, kata hubung dan partikel lah, kah, pun dan talz yang boleh digabungkan kepada perkataan lain. Sinonim kant.
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.
narrative structureSuara naratifKesusasteraanTiadaStruktur dalam karya sastera yang melibatkan keseluruhan aspek susunan, aturan, gubahan, atau rangkaian yang membina karya sastera itu, sama ada dari aspek luaran atau dalaman. Aspek luaran termasuklah plot dan hubung kaitnya dengan unsur-unsur bahasa, watak, dan imej yang digunakan. Aspek dalaman pula meliputi isi atau makna dan hubung kaitnya dengan kesan keindahan karya. Dengan kata lain, struktur naratif meliputi keseluruhan hubungan atau rangkaian yang membina sesebuah karya naratif. Setiap karya mempunyai struktur naratifnya yang tersendiri dan berbeza daripada struktur naratif karya lain. Contohnya, struktur naratif bagi karya sastera bercorak sejarah berbeza daripada struktur naratif karya hikayat lipur lara. Malah, struktur naratif menjadi salah satu asas yang digunakan untuk menggolongkan karya dalam sesuatu genre yang tertentu.

Kembali ke atas