Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg penge­nalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod tertentu yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assmk, soalan saya,bila saya akan dapat kata kunci/kata laluan.Untuk makluman tuan/puan, selepas mendaftar di laman Khidmat Nasihat DBP, anda akan diberikan kata laluan. Kata laluan tersebut akan dikirimkan ke alamat e-mel tuan/puan.Lain-lain06.05.2009
Saya telah lupa kata laluan lama. Bagaimana saya ingin menukar kata laluan yang baru? Terima kasih. Sekian, Ms. NabilahBagi menangani masalah teknikal ini, sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/9373.Lain-lain30.03.2017
Boleh tak tahu macam mana daftar sebagai pengguna? Apabila saya taip kata laluan ia akan keluar balik. Macam mana nak dapat kata laluan? Terima kasih.Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk aduan hal teknikal laman web dan portal kami, tuan boleh hubungi pegawai teknikal DBP melalui talian 03-21479373.Lain-lain17.11.2015
Betul ke penggunaan ayat ni: "mengekang pemecahan kata laluan daripada digodam"?kalau x betul, blh cadangkan ayat yang sepatutnya? terima kasih.Frasa "mengekang pemecahan kata laluan daripada digodam" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa25.02.2010
Log masuk bagi Khidmat Nasihat DBP hanya perlu memasukkan e-mel tanpa kata laluan. Ini mendedahkan kepada isu keselamatan terhadap pengguna awam yang pernah bertanya di portal ini. Dipohon pihak DBP perkemas log masuk yang memaparkan ID Pengguna (e-mel) dan kata laluan. Ini merupakan asas bagi modul pengguna. Jika seseorang itu mengetahui e-mel saya, mereka sesuka hati boleh akses papan pemuka saya. Dan mungkin menyamar sebagai saya untuk bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Mohon ambil tindakan segera.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.


Terima kasih atas cadangan penambahbaikan sistem KNDBP. Pihak kami akan segera mengambil tindakan sewajarnya.
Lain-lain17.01.2024
Mohon nasihat pihak DBP mengenai penggunaan tanda sempang di dalam ayat berikut: "Kata laluan mestilah mempunyai sekurang- kurangya 10 aksara." Format untuk cetakan buku dan laman web kami mempunyai had dan tiada apa yang kami boleh lakukan untuk menjadikan perkataan "sekurang-kurangnya" menjadi satu baris. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk rujukan lanjut. Apakah format ini boleh diterima? Terima kasih.Format penulisan sebegini boleh diterima, iaitu perkataan selepas sempang disambung ke baris seterusnya kerana ruang tidak mencukupi.  Walau bagaimanapun sekiranya puan ingin perkataan "sekurang-kurangnya" ditulis pada satu baris, puan boleh mengubah ayat kepada: Kata laluan mestilah mempunyai 8 aksara sekurang-kurangnya, dan mengandungi nombor, huruf besar dan huruf kecil.
Lain-lain22.09.2016
saya memohon untuk lesen papan tanda kedai KEDAI SERBANEKA.Untuk makluman, penggunaan bahasa Melayu dalam visual adalah betul. Walau bagaimanapun, untuk mendapat sijil  pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Tuan perlu mendaftar dahulu untuk mendapat kata laluan. Setelah mendapat kata laluan, isi borang permohonan dan lampirkan visual dalam bentuk jpeg atau gif.Lain-lain04.06.2014
Pengguna akan disekat oleh sistem jika mengunci masuk kata laluan yang salah. Sistem akan nyahsekat (unblock) pengguna secara automatik selepas tiga hari. Adakah perkataan nyahsekat boleh dan betul untuk digunakan?Perkataan "nyahsekat" boleh digunakan.Makna08.03.2022
Salam DBP, apakah perkataan sesuai bagi menterjemahkan "case sensitive" yang digunakan bagi membezakan kata laluan huruf besar atau kecil?Padanan bahasa Melayu untuk “case sensitive” ialah sensitif huruf.Lain-lain26.01.2021
Yvonne sudah resigned. Boleh saya tukar user id to kit@dmdc.com.my. Kata laluan tidak ubah Terima Kasih Jane@dmdc.com.my/Tel: 77293878Bagi menangani masalah teknikal ini, sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/9373.Lain-lain17.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas