Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah temu bual kata ganda berima atau kata majmuk?Temu bual merupakan kata majmuk. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.Tatabahasa29.09.2015
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata majmuk yang ditulis secara rapat dengan yang dipisahkan . cth matahari, kerjasama,kenalpasti,bualbicara dan lain-lain.Kata majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Oleh itu ia hendaklah ditulis terpisah. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kata majmuk yang ditulis bercantum kerana dianggap telah mantap, contoh matahari dan kerjasama. Bagi perkataan kenal pasti dan bual bicara hendaklah ditulis berpisah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 218.Tatabahasa06.04.2009
Adakah perkataan seperti peguam bela, peguam cara, hak milik, pasar raya dan kata majmuk lain berkemungkinan dirapatkan ejaan mereka kerana kecenderungan masyarakat untuk eja kata-kata tersebut rapat (peguambela, peguamcara, hakmilik, pasaraya)? Saya bertanya kerana kita sudah sedia maklum yang bahasa bersifat dinamik dan senarai kata majmuk yang sudah mantap ejaannya dirapatkan mungkin juga bertambah sejajar dengan perkembangan bahasa.Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75)
Tatabahasa18.09.2017
Salam sejahtera. Adakah perkataan-perkataan yang berikut tergolong sebagai kata kerja majmuk? 1.mendakap mesra 2.membuka peluang 3.menarik perhatian 4.dikemaskinikan 5.diterima pakai 6.memberikan perhatian bekerjasamamendakap mesra, membuka peluang, menarik perhatian, diterima pakai , kerjasama merupakan kata majmuk.  Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.Tatabahasa07.12.2015
Mengapa perkataan "tatacara" tidak termasuk dalam kata majmuk mantap sedangkan ia ditulis secara rapat?Senarai kata majmuk mantap yang tersenarai dan tular dalam kalangan pengguna ialah contoh kategori kata berkenaan. Penulisan kata "tatacara" telah ada rumus dalam tatabhasa, iaitu awalan asing yang lama terserap masuk dan menjadi sebati dengan perkataan dasar bahasa Melayu sehingga penggunaannya amat produktif dieja bergabung dengan kata dasar. Tatabahasa05.11.2023
1. Adakah kata majmuk Rukunegara dieja berasingan? Jika tidak, mengapa di dalam kebanyakan buku rujukan Bahasa Melayu tertulis hanya 15 kata majmuk sahaja yang dieja rapat? 2. Tolong jelaskan penggunaan kata banyak dan ramai. 3. Adakah kata "tapi" merupakan kata ganda separa bagi kata "tetapi"?Ejaan yang betul ialah rukun negara. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Tapi ialah ejaan separa untuk tetapi. Tapi tidak digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa09.02.2009
Kerja sama atau kerjasama? "Kerja" dan "sama" dua morfem bebas, kan? Morfem bebas dieja terpisah daripada satu sama lain kerana dapat berdikari dalam ayat. Hanya morfem terikatlah yang dieja rapat, seperti awalan meN- pada kata "membasuh" dan partikel -lah pada kata "berikanlah". Tiadalah alasan untuk D.B.P. membentuk senarai kata majmuk mantap kerana D.B.P. membentuk kata majmuk mantap atas kelaziman masyarakat yang merupakan sikap yang tidak betul kerana kelaziman masyarakat itu, iaitu pengejaan "keretapi", "kerjasama", "matahari" tidak berasaskan tata bahasa bahawa morfem bebas dapat berdikari. Jika pengejaan "kerjasama" yang kelaziman masyarakat kata majmuk mantap, "keretapi" juga kelaziman masyarakat, mengapakah tidak dikira kata majmuk mantap?Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Perkataan kereta api dieja terpisah.Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, 
Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia.
Lain-lain09.09.2017
Bandar raya adalah kata majmuk yang dieja secara terpisah. Bagaimana kalau kata tersebut dijadikan kata nama khas. Bolehkah ia dieja secara rapat seperti Bandaraya Kuching atau ia masih dikategorikan SALAH.

Ejaan yang betul ialah bandar raya, lebuh raya dan kereta api. Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lain-lain16.10.2014
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa?

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

senarai hitam – disenaraihitamkan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75.

Tatabahasa04.03.2024
Salam. Senarai hitam merupakan kata majmuk yg tidak mantap. Adakah perkataan ini akan dieja rapat sekiranya imbuhan apitan digunakan seperti menyenaraihitamkan.

Saudara,

Ejaan yang betul ialah menyenaraihitamkan. Kata majumuk dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran, perkataan  tersebut dieja sebagai satu perkataan.  

Ejaan22.08.2010
123

Kembali ke atas