Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
culai [tSu.lAj] kata nama[tSu.lAj]kata namasaudara-mara.Bukan orang laen, kene culai kite juge.[bu.kAn o.ÄAN lAen k«.n« tSu.lAj ki.t« dZu.g«]Bukan orang lain, keluarga kita juga.
tan[tAn]kata namapanggilan manja bagi kanak-kanak; atan.   
nye[ø«]kata namapanggilan bagi orang perempuan yang lebih muda daripada si pemanggil.   
kaet[kAet]kata namabahagian hujung ekor kucing yang bengkok.Wah, eko kuceng ni kaet![wAh e.ko ku.tSeN ni kAet]Wah, ekor kucing ini bengkok di hujungnya!
be[b«]kata namapanggilan bagi orang lelaki yang lebih muda daripada si pemanggil; babe.   
wayat[wA.jAt]kata namakelibat (bagi manusia atau haiwan), bayang (bagi barang-barang).Tok sah kau carik lagi barang tu, wayat die pon aku dah lame tak nampak[to/ sAh kAw tSA.Äi/ lA.gi bA.ÄAN tu wA.jAt di.j« pon A.ku dAh lA.m« tA/ nAm.pA/]Tidak usah engkau cari lagi barang itu, bayangnya pun aku sudah lama tidak nampak.
tebak[t«.bA/]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan sedikit garam dan dikacau seperti dodol, dan dimakan bersama kuah gula.   
tambun[tAm.bon]kata namakolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun.Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan.[tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn]Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan.
takak[tA.kA/]kata namabahagian tali atas yang menjulur lebih panjang daripada jaring. Takak boleh disimpulkan pada takak jaring lain untuk membentuk jaring yang panjang atau diikat pada tali pelampung.Kalau nak panjangkan jareng sambong aje takak.[kA.lAw nAk pAn.dZAN.kAn dZA.ÄeN sAm.boN A.dZ« tA.kA/]Kalau nak panjangkan jaring sambung saja takak.
tajak[tA.dZA/]kata namasejenis alat yang mempunyai batang berbentuk bulat atau segi empat dan mempunyai pisau tajak pada hunjungnya. Digunakan untuk menggali lubang, atau memotong tangkai buah kelapa sawit.Kau nak buat lubang tu, pakai le tajak.[kAw nA/ bu.wAt lu.bAN tu pA.kAj l« tA.dZA/]Engkau hendak buat lubang itu, pakailah tajak.
12345678

Kembali ke atas