Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tentukan kata berikut kata nama khas tunggal atau kata nama khas majmuk. 1) Ali Bin Abu 2) Tan Sri Ali Bin AbuUntuk makluman, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup).Tatabahasa04.04.2018
jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti, batu karang ialah kata nama am atau kata nama khas? Sekiranya kata nama khas mengapa tidak ditulis dalam huruf besar?Penyakit-penyakit yang disebutkan merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil melainkan pada awal ayat. 
 
Tatabahasa12.04.2023
Salah sejahtera, adakah "darjah 4" dikira sebagai kata nama khas atau kata nama am? Sekian, terima kasih.Frasa “darjah empat” merupakan kata nama am. Manakala frasa “Darjah Empat Bestari”, pula merupakan kata nama khas.

 

Tatabahasa17.02.2020
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama)Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet
ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah03.09.2022
Mengapakah perkataan 'secara' digolongkan sebagai kata nama?Salam Sejahtera,

Perkataan 'secara' tidak tergolong dalam kumpulan kata nama. Perkataan 'cara' merupakan kata nama. 'Secara' pula merupakan kata sendi nama. Penggunaan kata sendi nama digunakan bersama dengan kata nama. Sebagai contoh,  Pegawai itu telah menerangkan akta tersebut kepada kami secara ringkas sahaja.
Tatabahasa18.06.2020
Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? 5. Ayah saya Timbalan Ketua Polis @ timbalan ketua polis? 6. Saya ketua kelas 3A @ saya Ketua Kelas 3A? 7. Di pekan Jabi atau Pekan Jabi? Harap pihak DBP boleh jelaskan penggunaan huruf besar dan kecil dengan lebih jelas. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? Selam

Berikut merupakan penerangan bagi setiap ayat/frasa:

  1. “Abang saya Ketua Jabatan Sumber.”, “Ketua Jabatan Sumber”, merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  2. “Dia berasal dari bandar Batu Gajah.”, “bandar” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.
  3. “Dipersilakan Menteri Kesihatan Malaysia memberikan ucapan.”, “Menteri Kesihatan Malaysia” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  4. “Saya tinggal di Kampung Mewah.”, “Kampung Mewah” merupakan kata nama khas dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  5. “Ayah saya Timbalan Ketua Polis.”, “Timbalan Ketua Polis” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  6. “Saya Ketua Kelas 3A.”, “Ketua Kelas 3A” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  7. “Di pekan Jabi atau Pekan Jabi?”, “pekan” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kata nama khas dan kata nama am, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 84 - 86.


Tatabahasa04.03.2024
Salam sejahtera, Perkataan "sahibba" merupakan kata nama khas atau kata nama am?Ejaan bagi "sahibba" betul? Terima kasih.Sahibba merupakan Kata Nama Khas. Ejaan yang betul ialah Sahibba. Lain-lain15.06.2022
Salam sejahtera pihak DBP, Dalam kebanyakan teks Inggeris yang saya jumpa, huruf pertama kata nama khas itu dalam huruf besar. Apabila kata nama khas itu disebut lagi, tetapi dipendekkan, perkataan itu masih lagi bermula dengan huruf besar. Jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu, perlukah kita mengikut format mereka, atau kita mulakan versi pendek kata nama khas itu dengan huruf kecil dan dianggap kata nama am? Saya ada memberikan penjelasan tatabahasa bahasa Inggeris di bawah sekali. Bolehkah penjelasan itu diguna pakai untuk bahasa Melayu? Contoh ayat seperti berikut: 1. He went to the prestigious School of Witchcraft and Wizardry. However, the School is very much full of pompous and snobby rich kids. Informasi kata nama khas bahasa Inggeris: In English, proper nouns are capitalized to distinguish them from common nouns. A proper noun refers to a specific person, place, organization, or thing, while a common noun refers to a general category. Capitalizing proper nouns helps identify them as unique entities. In the example you provided, "School of Witchcraft and Wizardry" is a proper noun as it refers to a specific institution, a particular magical school. When it is first mentioned, it is capitalized to indicate that it is a proper noun. In subsequent references, even when the full name is not used, the word "School" is capitalized because it is still referring to the specific institution, and the capitalization helps maintain that connection.

Kata nama am yang merujuk kepada kata nama khas dalam ayat sebelumnya tidak dieja dengan menggunakan huruf besar. Ini ialah gaya penulisan yang lazim diamalkan.

Lain-lain14.07.2023
Selamat sejahtera, Bagaimanakah cara tulis pasca Revolusi Industri yang merupakan kata nama khas? Adakah dieja rapat seperti Pascarevolusi Industri? (Pasca menjadi kata nama khas kerana sebahagian daripada Revolusi Industri) atau pasca-Revolusi Industri? (Alasan saya meletakkan tanda sempang adalah kerana status Revolusi Industri sebagai kata nama khas) Terima kasih.Cara penulisan yang betul ialan Pasca-Revolusi Industri kerana perkataan tersebut merupakan kata nama khas. Walau bagaimanapun, jika merujuk kepada kata nama am, perlu ditulis sebagai pascarevolusi yang membawa maksud selepas atau setelah berlakunya revolusi.Ejaan30.12.2019
Mohon bantuan adakah "Peguam Bela" dan "Peguam Cara" merupakan kata nama khas atau kata nama am ? serta dieja "B" dan "C" dengan huruf besar atau kecil? mohon penjelasanPerkataan "peguam bela" dan "peguam cara" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil.Lain-lain29.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas