Pantun

PantunSumberTema
Kata adat kata terpuji, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat serta sehati, Rosak nama bilang bersilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata penyejuk, Penyejuk hati penenang jiwa; Hina bangsa suka merajuk, Merajuk lari membuang nama.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat membawa petunjuk, Petunjuk kepada jalan yang benar; Lupa adat nama pun buruk, Busuk nama badan terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibilang kata disebut adat, Siapa beradat nama terpuji; Sebarang kerja patut beringat, Siapa ingat kerja menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Ada raja dengan wazirnya; Adat faham lembaga terang, Setara nama dengan fiilnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas