Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata nama yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis rumah, meja dan jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tanya, mak cik sahaja sepatutnya huruf besar atau kecil?Jika hanya perkataan "mak cik", perlu dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Tetapi apabila di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dengan huruf besar. Untuk lebih jelas, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 95.Tatabahasa13.08.2015
Salam, apakah fungsi huruf kecil dalam tanda baca?Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Tetapi apabila di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa12.04.2013
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata nama am tak hidup institusi dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Dalam buku teks DBP tahun 5, kata nama am tak hidup bukan institusi seperti rumah, padang, sungai. Boleh tak terangkan bagaimana nak mengajar murid tahun 5 untuk membezakan contoh antara bukan institusi dengan institusi? Sangat mengelirukan. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisis Sekolah Rendah, kata nama tak hidup binstitusi merujuk perbadanan, organisasi dan pertubuhan seperti sekolah, kementerian dan yayasan; manakala kata nama am tak hidup bukan institusi diberikan contoh, iaitu computer, teori, bantuan dan rumah.Tatabahasa24.01.2015
Assalam tuan, 1. Adakah kata nama am yang menjadi kata terbitan seperti bersekolah masih lagi dianggap sebagai kata nama am? 2. Adakah perkataan 'bulan' dalam ayat " Encik Kamal akan pulang ke kampung pada bulan April" perlu ditulis dengan huruf besar dan sekiranya tidak perlu adakah ianya dikira sebagai kata nama am? Terima kasih, tuan. En Nor Khalid b Musi

1. Sekolah ialah kata nama am. Bersekolah ialah kata kerja.

2. Perkataan 'bulan' ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.

 

Tatabahasa31.03.2011
"Guru Besar" kata nama am atau kata nama khas? Jika "guru besar" kata nama am, mengapa begitu banyak buku teks menulisnya sebagai kata nama khas?Dalam Kamus Dewan, guru besar dieja dengan huruf kecil. Oleh itu, guru besar tergolong dalam kumpulan kata nama am.Tatabahasa24.04.2013
Salam. Barkaitan kata nama am. Ayat: Setiap pagi, ayah pergi ke pasar. Adakah "pagi " pada ayat tadi merupakan kata nama am? Sekian.

Kata ‘pagi’ ialah kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang.

Tatabahasa26.01.2015
Assalamualaikum tuan. Saya ingin mendapatkan kepastian kerana takut tersilap. Berdasarkan gambar yang saya lampirkan, bolehkah pihak tuan senaraikan kata nama am konkrit, kata nama am abstrak, binaan frasa dan klausa yang didapati dalam petikan tersebut? Terima kasih tuan.

1. Kata nama am konkrit  contohnya, ‘badan’, ‘orang’, ‘tubuh’ dan lain-lain. Kata nama am abstrak  pula contohnya ‘kesihatan’, ‘segar’, ‘kecergasan’, ‘penyakit’ dan lain-lain.

2. Contoh binaan frasa dan klausa dalam petikan tersebut ialah (sukan (FN) + (memainkan peranan yang penting (FK) + untuk kesihatan badan dan kecerdasan otak (Frasa keterangan tujuan) . Untuk memahami lebih lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Tatabahasa04.03.2019
Karipap dan popia kata nama am atau khas?Perkataan popia dan karipap ialah kata nama am.Ejaan20.06.2015
Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan kata: 1. diguna 2. digunakan contoh ayat 1: Kata nama am diguna untuk menamakan sesuatu ... contoh ayat 2: Kata nama am digunakan untuk menamakan sesuatu ... ayat yang mana lebih tepat? terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah digunakan, seperti contoh ayat: Kata nama am digunakan untuk menamakan sesuatu.Tatabahasa12.08.2010
Mukmin nama khas atau kata nama am?Mukmin merupakan kata nama am.Lain-lain26.05.2021
12345678910...

Kembali ke atas