Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata nama yg merujuk kpd orang, tempat atau benda yg khusus, mis Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tentukan kata berikut kata nama khas tunggal atau kata nama khas majmuk. 1) Ali Bin Abu 2) Tan Sri Ali Bin AbuUntuk makluman, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup).Tatabahasa04.04.2018
Salam sejahtera . Adakah Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya kata nama khas hidup bukan manusia? Apakah contoh lain kata nama khas hidup bukan manusia? Terima kasih.Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Vanda diana (sejenis orkid) dan Hevea brasiliensis (pokok getah).Tatabahasa08.01.2013
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017
Internet? Adakah perkataan Internet kata nama khas? atau Jaringan Internet sahaja kata nama khas?Selamat ptg.

Internet merupakan kata nama khas.

Sekain, terima kasih.
Tatabahasa17.11.2016
contoh-contoh kata nama khas dan kata nama amKata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.Tatabahasa03.01.2007
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas?Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas.Tatabahasa31.10.2019
Adakah Planet Marikh & pertubuhan merupakan Kata Nama Khas Tak Hidup..??Planet Marikh aialah kata nama khas tak hidup, manakala pertubuhan ialah kata nama am kecuali pertubuhan tertentu sepertu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu barulah menjadi kata nama khas tak hidup.Tatabahasa30.05.2011
Zaman merujuk zaman batu, zaman neolitik zaman logam. Adakah ini kata nama khas?Selamat ptg.

Zaman batu dan zaman logam bukan kata nama khas tetapi Zaman Neolitik ialah kata nama khas

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.11.2016
Selamat sejahtera, Bagaimanakah cara tulis pasca Revolusi Industri yang merupakan kata nama khas? Adakah dieja rapat seperti Pascarevolusi Industri? (Pasca menjadi kata nama khas kerana sebahagian daripada Revolusi Industri) atau pasca-Revolusi Industri? (Alasan saya meletakkan tanda sempang adalah kerana status Revolusi Industri sebagai kata nama khas) Terima kasih.Cara penulisan yang betul ialan Pasca-Revolusi Industri kerana perkataan tersebut merupakan kata nama khas. Walau bagaimanapun, jika merujuk kepada kata nama am, perlu ditulis sebagai pascarevolusi yang membawa maksud selepas atau setelah berlakunya revolusi.Ejaan30.12.2019
Adakah nasi goreng kampung, nasi goreng tomyam, nasi goreng USA adalah kata nama khas? Bagaimanakah cara ejaan yang betul?"Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng USA" ialah kata nama khas.  Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain14.06.2022
12345678910...

Kembali ke atas